Friday, 24 February 2017

7 Latihan Membuat Otak Cerdas



       Semakin hari dunia semakin mencabar begitu juga dengan penggunaan otak (minda) kita. Di sini saya ingin berkongsi beberapa latihan untuk membuatkan otak kita cerdas. Antaranya ialah :

1. Melatih kemampuan memerhati
Cara yang pertama adalah, cuba memerhati  keadaan anda sekeliling. Kemudian, Tarik nafas dan tenang dan rakam dalam fikiran apa yang anda lihat. Mulakan dari pemerhatian yang paling mudah kemudian kepada pemerhatian kawasan persekitan yang lebih rumit. Latih otak sentiasa merakam dengan fikiran (minda bawah sedar) setiap hari

       2. Mengasah penggunaan panca indera
Gunakan kesemua panca indera untuk mengesan sesuatu seperti contoh anda melatih hidung untuk mencium bau aroma makanan yang anda suka atau tidak suka. Secara automatiknya, jika kita sentiasa melatih panca indera kita untuk membezakan sesuatu. Ianya turut merangsang otak secara tidak langsung.

      3. Latihan menghafal nama sahabat dan nombor  telefonnya
Menghafal adalah salah satu cara yang membuat otak cerdas. Caranya sangat mudah, letak target berapa banyak nama sahabat atau nombr telefon mereka yang ingin dihafal serta letakkan jangka masa untuk menghafal.  Contoh, satu hari,lima nama kawan yang dapat dihafal. Kemudian,naikkan bilangannya hari demi hari agar dapat mengingat dengan lebih banyak

      4. Belajar sesuatu yang baru
Belajar ahasa baru atau sesuatu yang baru setiap hari. Banyakkan membaca dan berkenalan dengan sesuatu yang baru yang dalam bukan bidang kita. Contoh belajar perkataan baru dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin dan sebagainya. 

5.Hafal sesuatu yang anda sukai
Melatih menghafal sesuatu yang anda suka seperti lagu,puisi atau kata-kata seseorang. Kita makin mudah menghafal sesuatu yang kita suka dengan mudah berbanding menghafal sesuatu yang kita kurang suka.

 6. Latihan menghafal urutan angka berderet panjang
Latihan ini adalah betuk latihan memperbaiki daya ungat untuk jangka masa pendek. Caranya seperti memecahkan nombor yang berderet panjang kepada kelompok-kelompk kecil. Kemudian cuba hafal dan rakam dengan minda bawah sedar.
Contoh nombor : 78125394835091017294.
Pecahkan menjadi 3 kelompok :  (7812539) ,(4835091) dan (017294)

      7.  Mengingat perjalanan harian anda
Cuba ingat kembali apa yang anda lakukan sejam yang lalu ? Kemudian apa yang anda lakukan pada minggu lepas? Apa terjadi ? Dengan siapa? Di mana? Wujudkan pelbagai persoalan di minda agar fikiran anda sentiasa berfikir untuk cuba mengingat. Makin banyak anda mengingat, makin cerdas otak dan fikiran anda.



   
Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Terima kasih


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia 




Monday, 30 January 2017

Kelas Asas Blog dan Penulisan

Alhamdulillah, akhirnya selesai tugasan yang diberikan oleh kak Masayu Ahmad sepanjang menyertai kelas asas blog dan penulisan. Selama 20 hari bermula 10/1/2017 sehingga 30/1/2017 sebanyak 44 entri. Ini adalah kelas pertama saya serta tentang kelas asas blog dan penulisan secara online. Banyak perkara yang saya belajar selama menyertai kelas ini.

Pertama kalinya, saya ingin berterima kasih kepada kak Masayu kerana sudi mengambil saya sebagai salah seorang pelajar untuk kelas ini. Walaupun dalam kesibukannya dalam mengurus rumah tangga, usahawan dan penulis, masih lagi sanggup mengajar saya dan rakan-rakan alumni bekerja dari rumah yang lain.

Ok, antara perkara yang saya belajar sepanjang proses belajar adalah mengenai bagaimana untuk mencari idea dan menulis. Sebenarnya, saya jenis yang banyak sangat idea sehingga kadang-kadang menjadi "overload" yang hanya bermain di fikiran. Setelah menyertai kelas ini, saya belajar bagaimana unutuk mendidik diri supaya istiqamah menulis idea di atas kertas atau di mana-mana, agar idea itu dapat dikembangkan dan dioleh dan ditulis.

Seperti yang kak Masayu ajar untuk sekurang-kurangya mengambil 10 minit setiap hari untuk menulis idea dan kemas kini di blog. Saya seorang yang kurang gemar online dan ada waktu-waktu tertentu sahaja saya ber "online". Jadi,saya sangat bersyukur kerana ada mentor yang "push" saya untuk menulis blog. Kak Masayu melihat perkembangan blog dari semasa ke semasa. Jadi, tekanan itu menjadi batu loncatan untuk saya terus cuba istiqamah menulis selama 20 hari ini.

Amalan atau tabiat yang diamalkan selama 21 hari atau 40 hari secara istiqamah akan menjadi tabiat semula jadi. Jadi, saya doakan diri rakan-rakan yang menyertai kelas ini pada sesi ini dan sesi akan datang serta diri saya sendiri, akan jadi penulisan blog sebagai tempat perkongsian ilmu dan pengalaman dan istiqamah hingga ke akhirnya.

Kadang-kadang, sesuatu perkara itu bukanlah kita tidak tahu tapi kita perlukan sedikit tekanan daripada orang lain dan "inner circle " (persekitaran) yang membantu untuk kita terus mulakan sesuatu pekerjaan atau tabiat dan istiqamah.

Melalui kelas ini, juga saya mengenali beberapa orang sahabat yang hebat seperti kak Maziana, kak Nelly walaupun tidak sempat bertegur sapa tapi sekurang-kurangnya kita ada berjemaah di bawah bumbung yang sama (Alumni Bekerja Dari Rumah). Semoga lepas ini, kita boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi, InsyaAllah.

Untuk bahagian, teknikal tentang penulisan blog saya, bagi 10 bintang untuk kak Masayu kerana menerangkan secara detail bagaimana untuk menulis blog, cara upload entri dan gaya bahasa yang perlu digunakan. Syabas Kak Masayu.

Saya juga banyak memperbaiki gaya bahasa penulisan saya, walaupun masih lagi menggunakan bahasa campuran tapi saya mencuba untuk belajar menggunakan bahasa yang penuh dan menggunakan Bahasa Melayu tinggi sepanjang menyertai kelas ini. InsyaAllah, saya akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada kak Masayu Ahmad kerana memberi peluang untuk saya belajar daripada akak. Tidak lupa juga kepada semua sahabat-sahabat dari group Tutorial Asas Blog & Penulisan, walaupun kita mengenali satu sama lain tetapi berada dalam lingkungan anda semua, membuat saya bersemangat menghabiskan cabaran ini dan akhirnya semoga diri ini istiqamah dalam penulisan blog. Bagi saya, kita bukanlah sedang bertanding dengan pihak lawan tapi sebenarnya yang kita bertanding adalah dengan diri sendiri untuk jadi lebih baik dari hari ke hari.

Saya doakan kak Masayu Ahmad dideraskan rezeki dalam apa jua bidang yang diceburi terutamanya dalam bidang penulisan serta dapat membangunkan umat ini dengan ilmu penulisan. Itulah antara saham kita yang akan dibawa pulang ke negeri abadi. Berkongsi ilmu itu sangat mahal nilainya, daripada tidak tahu kepada tahu. Sesungguhnya, akak dipilih Allah untuk menyampaikan ilmu yang mampu menghidupkan hati-hati manusia. InsyaAllah, saya doakan akak berjaya di dunia dan akhirat. Saya doakan sahabat-sahabat Alumni Bekerja Dari Rumah juga dideraskan rezeki dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat serta kita dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi pada masa depan.InsyaAllah.

Yang baik adalah ilham daripada Allah dan salah silap adalah kelemahan saya sendiri. Sekian, terima kasih.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia



Kekuatan Air


Air adalah makhluk Allah yang paling taat dan perakam terbaik. Air mampu merakam setiap bunyi gema getaran yang hadir termasuk kata-kata. Itulah kuasa air.

Kehebatan air sebagai air dikaji oleh saintis Jepun, Prof Masaru Emoto dan sepanjang kajiannya, molekul air terbentuk melalui getaran yang diberikan kepadanya. Jika kita memberi getaran positif, maka air itu akan merakam perkara positif tapi jika kita memberi getaran negatif, maka itu akan merakam aura negatif. Apabila air itu kita minum, akan memberi kesan kepada diri. Maka jagalah tutur kata ketika minum.

Badan kita juga terdiri daripada 70% air dan ianya bersifat merakam. Oleh kerana itu, kita kena sentiasa menjaga kata-kata kepada diri dan elakkan sabotaj diri sendiri seperti contoh : "susah la kerja ni","aku tak boleh", "aku gagal" .Semua kata-kata ini dirakam dan diterjemahkan dalam bentuk akhlak dan tindakan kita. Jadi sentiasa, berhati-hati dalam berkata-kata.

Begitu juga ucapan kita kepada orang lain, jika positif,maka positiflah yang dirakam tapi jika perktaan negatif yang diucap, maka negatiflah yang akan dirakam. Di bawah adalah gambar yang dirakam oleh Prof Emoto berkenaan perubahan molekul air mengikut getaran yang diberikan kepadanya.


  



Islam adalah ajaran yang benar dan paling indah di atas muka bumi ini. Setiap syariat yang diberikan kepada kita, semuanya berhikmah seperti perkataan itu doa. Jadi, oleh, jom sama-sama, kita jaga ucapan kita agar hanya mengucapkan perkara yang baik dan indah sahaja. sesungguhnya ia dirakam oleh air yang berada dalam badan kita dan air yang kita minum seharian. Itu sahaja perkongsian untuk kali ini.

Semoga bermanfaat. Terima kasih.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.



Meditasi Ringkas

Meditasi atau dikenali sebagai sebagai teknik relaksasi dapat membantu diri kita berada dalam tahap kesihatan mental dan fizikal secara optimum. Caranya sangat ringkas dan dapat memberi kesan yang luar biasa kepada diri kita.

Caranya adalah:
1. Duduk dalam keadaan tenang dan mulakan sesi dengan “Bismillahirrahmanirrahim.”

2. Pejamkan mata dan uruskan nafas secara perlahan-lahan seperti berikut:

  • ·         Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 5 saat
  • ·         Tahan nafas tersebut dalam kiraan 20 saat
  • ·         Hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 10 saat

3. Fokus pada nafas anda dan mulakan kiraan secara mundur dari 30 hingga 1. Hanya lafazkan hitungan itu dalam hati. Kaedah ini dapat membantu otak anda memasuki gelombang ALPHA iaitu keadaan di mana anda tidak terjaga dan tidak tidur(separa sedar).

4. Setelah sampai ke tahap gelombang ini, anda boleh mulakan “Self-Talk” untuk menghilangkan emosi negatif atau kepenatan dengan mencipta ayat seperti :

  •  “Kubayangkan udara di sekelilingku berwarna pelangi. Kuhirup warna tersebut dan warnanya mengambil semua kepenatan, kesakitan yang ada dalam tubuhku.”
  • “Kubayangkan udara di sekelilingku berwarna pelangi. Kuhirup warna tersebut dan warnanya mengambil semua kepenatan, kesakitan yang ada dalam tubuhku.”
  •  “Lalu aku hembuskan dari mulut ini warna kekotoran kepenatan dan kesakitan tadi.”
  • “Udara yang kuhembus dari mulut itu berwarna hitam dan warna hitam itu adalah kepenatan dan kesakitan.”
5. Ulang proses ini sebanyak 3 kali, kemudian masukkan saranan:
·        
             “Alhamdulillah ya Syakur, semua kepenatan dan kesakitanku makin hilang. Tubuhku makin sihat, relax, damai dan tenang sekali.”
·         “Ya Allah, aku tak tahu bagaimana aku tahu dan bagaimana aku lakukan tapi aku sememangnya makin tenang, cergas dan sihat daripada sebelum ini.”

6. Senyum dan niatkan untuk bangun dari sesi tersebut (tamatkan sesi).

7. Kemudian buka mata dan bacalah “La hawla wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya melainkan kekuatan Allah).

8. Amalkan setiap hari atau malam sebelum tidur kerana gelombang otak manusia pada waktu itu berada pada tahap optimum.

 Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.