Otak kita setiap saat menghasilkan impuls-impuls listrik. Aliran listrik ini lebih dikenali sebagai gelombang otak. Gelombang otak ini terdiri daripada empat jenis iaitu beta,alfa, theta dan delta. Setiap gelombang otak menentukan kondisi kesedaran minda berada di tahap sedar atau bawah sedar. Ini adalah perbezaan setiap gelombang otak :
1) Tahap Beta
Beta adalah gelombang otak yang paling tinggi frekuensinya. Frekuensinya diantara 12Hz hingga 40Hz. Beta ini dihasilkan oleh proses berfikir secara sedar (minda sedar). Ketika di tahap gelombang otak beta, tiada saranan yang diterima. Dalam kehidupan seharian, kita banyak berada dalam kondisi beta di mana kita berfikir, berinteraksi dan melakukan aktiviti dalam hidup. Tahap gelombang otak beta akan menghilang disaat kita fokus kerana fokus membawa kita masuk ke fasa gelombang alpha.
2) Tahap Alfa
Alfa adalah jenis gelombang yang frekuensinya sedikit lebih lama berbanding beta, iaitu 8Hz- 12Hz. Kondisi alfa terjadi apabila keadaan fikiran yang tenang dan fikiran dapat melihat gambaran mental secara sangat jelas dan dapat merasakan sensasi dengan lima pancaindera dari apa yang terjadi atau dilihat dalam fikiran. Alfa adalah pintu gerbang bawah sedar. Manfaat gelombang otak alfa adalah sebagai jambatan penghubung antara minda sedar dan minda bawah sedar. Semua saranan yang diberikan kepada minda bawah sedar akan diterima ketika otak berada tahap ini.
3) Tahap Theta
Theta adalah gelombang otak yang frekuensinya antara 4Hz-8 Hz dan dihasilkan oleh fikiran bawah sedar (subsconscious mind) . Gelombang otak ini muncul ketika kita bermimpi. Ketika ini, tahap penerimaan saranan yang paling tinggi. Segala ucapan, fikiran yang berlaku ketika tahap gelombang otak theta akan terus dicerap oleh minda bawah sedar dan akan diterjemahkan dan bentuk tindakan (minda sedar).
4) Tahap Delta
Delta adalah gelombang otak yang paling lambat iaitu pada frekuensi 0.5Hz-4Hz. Pada saat ini, kita tidur lena dan otak hanya menghasilkan gelombang delta agar kita dapat berehat dan memulihkan keadaan tubuh badan kita. Tiada saranan yang diterima ketika otak berada pada gelombang ini.
Belajar mengenal serba sedikit tentang ilmu gelombang otak ini dapat membantu kita dapat memprogramkan diri kita dalam waktu yang betul iaitu dalam kondisi gelombang otak alfa dan theta kerana pada waktu ini, minda bawah sedar kita terbuka dan setiap ucapan,fikiran atau apa sahaja saranan yang diberikan akan terus disimpan di minda bawah sedara dan akan diterjemahkan dalam minda sedar (tindakan).
Oleh itu, sangat penting untuk sentiasa berfikir positif, bercakap positif atau melakukan perkara-perkara yang baik kerana setiap hari kita akan mengalami waktu-waktu alfa dan theta secara semula jadi. Jadi, setiap saranan itu akan dicerap oleh minda bawah sedar tanpa kita sedar atau tidak sedar. Sekian untuk perkongsian kali ini.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment