Sunday, 29 January 2017

Hipnosis Fenomena Semulajadi

Adakah anda pernah mengalami keadaan-keadaan berikut :

1. Anda sedang asyik menonton drama di tv, anda turut menangis ketika pelakon itu menangis.

2. Anda asyik bermain game online hingga terlupa waktu

3. Anda tidak rasa kesakitan yang anda alami ketika anda fokus atau asyik dengan sesuatu pekerjaan.

4. Anda asyik membaca tanpa sedar akan suasana yang bising di sekeliling anda.

5. Anda suka mengikut apa yang orang lain lakukan tanpa anda sedari.

Jika Ya. Anda telah berada dalam keadaan hipnosis. Hipnosis adalah 'keadaan' yang membuatkan minda bawah sedar boleh diprogramkan. Ini kerana pada saat itu, minda bawah sedar sedang aktif untuk mencerap maklumat.

Kita akan mengalami  2 keadaan sama seperti hipnosis paling minimum 2 kali sehari iaitu waktu sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Antara fenomena waktu yang berlakunya hipnosis adalah seperti terlalu fokus terhadap sesuatu, ketika memandu, ketika menonton tv hingga ketawa, menangis, sedih dan sebagainya.


Hipnosis adalah semula jadi dan normal yang dialami oleh kita. Walaupun kita tidak pernah belajar hipnosis, tidak bermakna kita tidak boleh dihipnosis dan menghipnotis. Menurut Master Rey (Pengasas Kaedah Master R.E.Y), hipnosis adalah 'keadaan'. Bukan 'benda-benda'. Bukan 'mantra-mantra'. Bukan pula 'perbuatan'.



Menurut  Tuan Edi Sugianto, pakar Hipnosis dari NAQS DNA (Quantum Mind Technology Center), Indonesia, “Fenomena hipnosis itu adalah bersifat Universal.”

Jelasnya lagi bahawa  “semua manusia pernah mengalami kondisi hipnosis. Iaitu sebuah kondisi di mana otak kanan lebih aktif serta elemen-elemen fikiran bawah sedar juga lebih aktif.” Antaranya ketika;

Ketika kita khusyu’ berdoa, itu keadaan  hipnosis.

Ketika kita khusyu’ berzikir, itu juga keadaan hipnosis.

Saat kita khusyu’ mendengar bacaan ruqyah, itu juga keadaan hipnosis.

Itulah sebabnya, walaupun kita tidak pernah belajar hipnosis.  Tidak bermakna, kita tidak boleh dihipnosis dan menghipnotis. Kerana kita mengalaminya secara semula jadi setiap hari.

Antara beberapa definisi hipnosis seperti yang dikongsi oleh Master Rey dalam blognya adalah seperti berikut :


  • Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasainya mindanya ataupun menghipnotisnya ketika itu
  •  Hipnosis ialah satu kaedah memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya mengikut kehendak yang di persetujui oleh kedua – dua pihak dan selalunya digunakan untuk tujuan tujuan perubatan, membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.
  • Hipnosis adalah suatu keadaan yang menyerupai tidur yang dapat secara sengaja dilakukan kepada seseorang, di mana seseorang yang dihipnosis boleh menjawab pertanyaan yang diajukan, serta menerima saranan tanpa bantahan.
  •  Hipnosis adalah teknik atau cara dalam mempengaruhi orang lain untuk masuk ke dalam keadaan luar biasa hipnosis.
  •  Hipnosis adalah suatu keadaan di mana perhatian menjadi sangat fokus sehingga tahap daya terima saranan meningkat sangat tinggi.
  •  Hipnosis adalah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tahap kesadarannya, yang dicapai dengan cara menurunkan gelombang otak dari Beta menjadi Alpha dan Theta.
  •  Hipnosis adalah seni komunikasi untuk menjelajahi alam bawah sedar.


Mungkin ada di antara anda yang belum memahami istilah hipnosis. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa definisinya. Antaranya ialah :

  • Hipnosis / Hypnotism = Boleh diertikan sebagai ilmu untuk menghipnotis.
  • Hipnotis = Orang yang melakukan hipnosis atau “ahli hipnosis”.
  • Hipnotis adalah terjemahan dari hypnotize (verb) yang ertinya “melakukan hipnosis”
  • Hipnoterapi = Aplikasi hipnosis untuk terapi pengubatan.
  • Hipnoterapis = Orang yang ahli menggunakan hipnosis untuk terapi.
  • Saranan = Perintah atau saran yang diberikan hipnotis.


Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit pengenalan tentang ilmu hipnosis dan menyangkal dakwaan bahawa hipnosis adalah pukau, sihir dan sebagainya. Semoga bermanfaat. Terima kasih.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
PAsti Akan Kuasai Dunia. 





No comments:

Post a Comment