Tuesday, 24 January 2017

Si Kuntum Yang Melembutkan Hati

Encik Zafri merupakan seorang Eksekutif  Pemasaran di sebuah syarikat kereta mewah di ibu kota. Beliau memiliki seorang isteri yang cantik dan solehah, Suraya yang merupakan seorang suri rumah serta seorang anak perempuan yang comel, Anis Alisya yang berumur dua tahun. Mereka telah berkahwin selama tiga tahun.

Mereka merupakan pasangan dua sejoli, sama cantik sama padan dan hidup bahagia sepanjang perkahwinan mereka. Encik Zafri merupakan seorang suami yang bertanggungjawab dan baik terhadap keluarga. Tetapi bahagia mereka tidak lama, kerana mereka diuji dengan ujian rezeki.

Encik Zafri diberhentikan kerja kerana syarikatnya ingin mengurangkan kakitangan pada musim ekonomi gawat. Dia diberi notis pemberitahuan sebulan sebelum diberhentikan. Dia mula merasa tertekan kerana agak sukar untuk mencari pekerjaan ketika zaman ini kerana kebanyakan sesi temu duga yang dihadirinya tidak berjaya. Semakin hari, dirinya semakin tertekan.

Setiap hari, encik Zafri mula melepaskan tekanan perasaannya kepada anaknya, Anis Alisya yang tidak mengerti apa-apa. Anaknya ditengking dan dimarah ketika menangis, ada sampai tahap encik Zafri ingin memukul anaknya. Tapi, isterinya selalu mempertahankan anaknya dan menasihat suaminya dan selalu cuba untuk membantu suaminya menghilangkan tekanan.

Selama 6 bulan, Encik Zafri tidak dapat sebarang tawaran pekerjaan dan hanya menampung hidup menggunakan duit pampasan yang diberikan oleh syarikat. Suraya berkongsi cerita tentang keadaan suaminya kepada ibunya dan ibunya meminta untuk Suraya melakukan solat taubat,solat hajat dan solat tahajus secara istiqamah.

Pada setiap malam, Suraya akan bangun untuk solat tahajud dan merayu dan memohon agar Allah menunjukkan jalan keluar untuk masalah suaminya dan memohon agar dilembutkan hati suaminya. Akhirnya pada suatu hari, ketika pulang dari satu sesi temu duga,encik Zafri singgah di gerai yang berdekatan dengan rumahnya. Tiba-tiba ada seekor kucing betina berwarna hitam datang dan menghampiri kakinya dan mengiau.

Pada mulanya, encik Zafri tidak mengendahkannya dan menolak kucing itu ke tepi. Tapi kucing itu, hanya memerhati encik Zafri makan dan duduk diam di kakinya tanpa berganjak. Akhirnya, kerana kesiandengan kucing tadi, dia melemparkan seekor ikan goreng dan kucing itu makan dengan bersungguh-sungguh.

Kemudian, setelah beberapa hari, ketika encik Zafri ingin keluar dari rumahnya, dia melihat kucing yang dia jumpai di gerai dan memerhati gelagat kucing terbabit. Rupa-rupanya, kucing itu telah melahirkan anak dan menyorokkan anaknya di dalam pasu bunga rumah encik Zafri. Kemudian, kucing tadi akan pergi mencari makanan dan pulang ke sisi anaknya dan melindungi anak-anaknya daripada kucing jantan yang ingin memakannya.

Setelah lama memerhati gelagat kucing itu, hatinya mula sebak dan berkata, " Kucing pun mengerti erti kasih sayang dan melindungi anaknya tetapi aku....". Dia memanggil anaknya dan terus memeluknya dengan erat sambil berkata, " Maafkan ayah ye sayang kerana tidak jaga Alisya baik-baik." Akhirnya, encik Zafri membuat keputusan untuk memelihara kucing tadi dan memberi namanya, Si Kuntum kerana kehadirannya, membawa seri bahagia dalam hidup encik Zafri sekeluarga seperti kuntuman bungan yang berbunga di pagi hari.

Alhamdulillah rezeki Allah tidak pernah salah alamat dan ianya datang tepat pada waktunya. Akhirnya, encik Zafri telah mendapat pekerjaan sebagai Pengawai Pemasaran di sebuah syarikat pengiklanan, manakala isterinya sudah berjinak-jinak memulakan perniagaan secara kecil-kecil dengan menggunak pemasaran online.

Sekian perkongsian untuk kali ini. Terima kasih


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia. 





No comments:

Post a Comment