Thursday, 26 January 2017

Bina Rapport Dengan Mendengar

Saya memilik tiga orang adik perempuan yang berumur 16 tahun sehingga 13 tahun. Perwatakan mereka agak jauh berbeza antara satu sama lain. Setelah umi saya sakit, saya banyak membantu umi dalam aspek pendidikan mereka bertiga. Sepanjang bergaul bersama mereka, saya menyedari setiap anak-anak ada perbezaan dan perlu mencari satu titik persamaan untuk bergaul bersama.

Perkara yang paling ketara perhatikan adalah dari sahsiah mereka, cara bergaul, cara menjalankan tanggungjawab yang diberikan adalah sangat berbeza. Tapi apa yang saya cuba lakukan sentiasa meminjamkan telinga saya untuk mendengar cerita-cerita mereka.

Setiap kali pulang dari sekolah, ada sahaja cerita yang ingin dikongsi, ada kala cerita gembira, ada cerita sedih dan tertekan. Macam-macam ada. Ada cerita berbentuk rahsia yang tidak perlu dikongsi oleh ramai orang, maka bercerita berdua adalah jalan yang terbaik. Agar mereka merasakn diri mereka dihargai apabila saya sebagai kakak ingin mendengar cerita mereka.

Rapport adalah membina hubungan dengan kepercayaan. Setelah kita berjaya membina rapport, mereka akan percaya kepada kita. Begitu juga, peranan ibu bapa dalam mendekatkan diri mereka dengan anak-anak. Mereka bukan sahaja bukan ingin mereka dengar arahan tetapi juga ingin ada orang yang mendengar cerita mereka.

Adik-adik saya yang berumur dalam lingkungan remaja, perlu di ajak menjadi kawan kerana dalam lingkungan umur ini adalah fasa jiwa remaja yang sedang membuak-buak danmudah memberontak. Amat penting bagi anak perempuan untuk kita berkongsi cerita inspirasi atau pengalaman hidup bersama mereka. Saya selalu bercerita tentang pengalaman saya ketika remaja dan kehidupan saya sebagai seorang mahasiswi agar dapat memberi motivasi dan semangat kepada mereka untuk fokus dalam belajar dan menggapai impian.

Pada fasa ini, saya juga banyak belajar tentang psikologi remaja-remaja ini terutamanya jika ada perkara yang saya kurang setuju dengan tindakan mereka, saya akan bercakap dengan mereka secara personal agar mereka berasa diri mereka dihormati walaupun dia ada buat kesilapan. Jika kita mengajar menghormati mereka secara automatiknya kita akan dihormati oleh mereka tanpa paksaan. Itulah Hukum Tarikan dalam kehidupan.

Selain itu dengan menjadi pendengar yang setia di sisi mereka menyebabkan mereka akan mengutamakan kita dalam meminta pendapat atau pertolongan dan mengelakkan mereka mencari orang ketiga atau orang asing sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Akhirnya, mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar dari rumah dan mencari keseronokan di luar rumah

Sifat semula jadi perempuan atau wanita adalah ingin diberi perhatian, ingin didengari, ingin dikasih dan dicintai. Jadi, sangat penting untuk membuat diri mereka disayangi dan diberi perhatian melalui selalu mendengar cerita-cerita atau masalah mereka. Ada kadang-kadang, mereka hanya bercerita hanya ingin berkongsi rasa, ada juga cerita yang memerlukan pendapat dan penyelesaian.

Fokuslah kepada mereka melalui mendengar dan berkongsi dengan mereka kerana mereka pasti melakukan perkara yang sama kepada kita. Begitu juga peranan ibu bapa dalam mendidik mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Islam mengajar untuk anak-anak wajib menghormati ibu bapa,jika ingkar dikira derhaka. Tapi pernah tak kita terfikir, kenapa anak-anak kita sekarang tidak menghormati ibu bapa?

Cuba check balik, bagaimana layanan ibu bapa terhadap anak-anak ketika membesar sehingga meningkat dewasa. Apa yang anak-anak lihat ? Apa yang anak-anak dengar dari perbualan ibu bapa? Apa yang ibu bapa lakukan ketika bersama anak-anak. Anak-anak merupakan cerminan ibu bapa. Jika anak-anak,cuba check balik kesilapan ibu bapa. Sejak dari kecil, anak dihipnosis dengan persekitaran kekeluargaan yang bagaimana dan akhirnya apa yang dilihat,dirasa,diajar akan diikut oleh mereka sehingga menjadi tabiat yang sudah sebati dalam kehidupan mereka.

Bukan mudah menjadi ibu bapa atau penjaga kerana menjaga dan mendidik mereka yang memerlukan perhatian lebih daripada kita tapi ganjarannya sangat besar yang Allah sediakan untuk ibu bapa yang mendidik dengan sebaiknya. Jadi binalah rapport dengan anak-anak kerana setiap perbuatan kita akan ditiru oleh mereka secara atau tidak sedar.

Jika kita memberi kasih sayang, kita akan mendapt kasih sayang.
Jika kita memberi masa kepada orang lain, orang lain akan memberi masanya kepada kita
Jika kita memberi rasa cinta, kita akan dapat merasai cinta.
Jika kita memberi hormat, kita akan mendapat penghormatan itu.
Jika kita memberi tenaga positif, kita akan mendapat sesuatu yang positif
Itulah Hukum Tarikan yang terjadi dalam kehidupan seharian kita.

Di bawah ini tip-tip mendidik anak mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih.



Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia

No comments:

Post a Comment