Wednesday, 11 January 2017

Inspirasi Bekerja Di Rumah

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah



Teks : Karimah Abdullah



cikkarimahabdullah@gmail.com



karimahabdullah.blogspot.my





Alhamdulillah saya telah selesai membaca ebook hasil tulisan Puan Masayu Ahmad yang bertajuk " Inspirasi Bekerja di Rumah". Ebook ini setebal 126 muka surat dan memiliki 13 cerita inspirasi daripada para ibu yang bergelar usahawan. 



Apa yang saya dapat simpulkan daripada ebook ini adalah berniaga itu mudah jika kita mempunyai matlamat yang betul. Berniaga ini boleh dilakukan secara dari rumah sama ada dengan kos atau tanpa kos. Apa yang paling penting adalah matlamat, perancangan yang teratur dan plan tindakan yang mantap. 



Daripada cerita di dalam ebook ini, apa yang saya lihat para ibu mempunyai matlamat yang jelas atau "BIG WHY" kenapa mereka memilih untuk bekerja sendiri dengan berniaga iaitu kerana ingin menjaga anak- anak. Oleh itu matlamat itu yang menjadi momentum untuk mereka memulakan bisnes dari rumah.



Selain itu juga, melalui perkongsian usahawanita di dalam ebook ini, kita boleh mula berniaga walaupun tanpa kos tapi melalui kemahiran yang dimiliki oleh diri kita sendiri seperti kemahiran menjahit ( Puan Dila Aris dan Nelly Sofia) dan mengajar tuisyen (Cerita Puan Mazlina Omar dan Yusnida Tajudin).



Antara perkongsian penting daripada usahawanita di dalam ebook ini adalah kepentingan mendapatakan ilmu perniagaan. Tanpa ilmu, kita takkan mampu memahami selo-belok bidang perniagaan yang diceburi. Selain itu, kuasa tindakan juga sangat penting dalam menggerakkan bisnes yang diceburi serta sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.



Minda dan hati yang positif sangat diperlukan kerana ianya dapat mengekalkan momentum kita dalam bisnes. Selari dengan peredaran zaman moden, ilmu teknikal seperti promosi secara online dan offline sangat penting bagi mengembangkan perniagaan seperti yang dilakukan oleh para usahawanita di dalam ebook ini.



Setiap cabaran dan dugaan pasti hadir dalam kehidupan terutamanya bagi sesiapa yang berniaga sendiri. Orang bisnes diajar untuk bersifat tawakal kerana gaji bulanan tidak tetap seperti orang yang bekerja makan gaji. Di situ, Allah nak uji sifat tawakal dan belajar hanya bergantung pada Allah. 



Cerita-cerita di dalam ebook ini sangat menginspirasikan wanita-wanita di luar terutamanya kaum isteri dan ibu. Sesungguhnya, manusia memerlukan ncerita kehidupan yang menceritakan realiti kehidupan yanga ada jatuh dan bangunnya bagi menjadi sumber inspirasi diri dan kayu ukur untuk menyedari kelebihan dan kekurangan diri agar dapat terus memotivasikan diri sendiri untuk berjaya di dunia dan akhirat.



Sejujurnya, saya sangat teruja membaca ebook in dan syabas diucapkan kepada semua usahawanita di dalam ebook ini dan para usahawanita di luar sana serta  kepada Puan Masayu Ahmad yang menggabungkan semua cerita inspirasi ini dalam sebuah ebook. Semoga ebook ini memberi motivasi dan inspirasi kepada usahawanita di luar sana. Tahniah diucapkan.



Sekian.





Karimah Abdullah

Kuasai Minda dan Hati,

Pasti Akan Kuasa Dunia 



No comments:

Post a Comment