Thursday, 19 January 2017

Muezza Oh Muezza

Muezza seekor kucing yang manja. Di antara banyk kucing jalanan yang berada di kawasan rumah saya, Muezza yang paling manja dan satu-satunya kucing yang pandai naik buaian sendiri dan ayunkan buaian itu sendiri. Mungkin Muezza cerdik dan manja kerana namanya seperti nama kucing Rasulullah.

Muezza dilahirkan di kawasan rumah saya dan dia merupakan satu-satunya kucing yang hidup. Ibunya yang saya letak nama sebagai Bambam merupakan kucing betina jalanan yang pertama datang ke kawasan rumah dan kemudiannya selalu berada di kawasan rumah. Akhirnya, Bambam mengandung dan melahirkan 3 ekor kucing dan salah satunya Muezza Tapi hayat, 2 ekor lagi kucing tidak panjang dan mati setelah seminggu dilahirkan.

Jadi, Muezza ini sangat manja dengan ibunya Bambam sampailah dia membesar di kawasan rumah. Kemudian setelah besar, saya memilih nama kucing Nabi Muhammad s.a.w sebagai namanya iaitu Muezza. Moga-moga, asbab nama kucing, Muezza, boleh jumpa Nabi Muhammad s.s.w satu hari nanti. 

Tidak lama kemudian, ibu Muezza (Bambam)  mengandung lagi dan melahirkan lagi 3 ekor anak kucing dan tidak lama selepas itu, 2 ekor anak kucing yang dilahirkan serta Bambam itu mati dan hanya tinggal seekor sahaja yang hidup.

Kucing yang hidup itu masih dalam keadaan lemah kerana tidak mendapat susu tetapi hidup lagi dan membesar. Apa yang paling membuat hati tersentap adalah bagaimana layanan Muezza menjaga adiknya yang dilahirkan tanpa sempat mendapat kasih sayang dari ibunya, Bambam. Tidak lama kemudian, adiknya mati dilanggar kereta. Tetapi, semasa adiknya hidup, saya selalu memerhatikan Muezza selalu mengutamakan adiknya terutama ketika makan dan ketika ingin tidur.

Pada suatu malam ketika,saya melihat dengan mata saya sendiri, adiknya tidur dalam pelukan Muezza,  seperti yang dilakukan oleh ibunya, Bambam kepada dirinya ketika kecil. Pada masa itu, hati sebak dan air mata bercucuran. Rupanya Allah nak tujuk, bahawa haiwan pun mengerti apa itu kasih sayang. Peristiwa tu juga menyebabkan saya mula memahami bahawa hidup ini perlu hidup dengan kasih sayang. Setiap kasih dan sayang itu memerlukan pengorbanan dan cinta.

Mulai hari itu, saya selalui membelainya kerana pada awalnya saya sebenarnya kurang gemar menyentuh kucing kecuali memberi kucing-kucing makan. Tetapi setelah peristiwa itu, saya dah mula suka menyentuh kucing-kucing yang berada di kawasan rumah saya. Semuanya bersebab Allah hantar semua kucing-kucing itu ke kawasann rumah saya. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Sekian perkongsian untuk kali kali ini. Terima kasih.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia


No comments:

Post a Comment