Teks : Karimah Abdullah
cikkarimahabdullah@gmail.com
karimahabdullah.blogspot.my
Saya mula berniaga kecil-kecilan ketika
belajar di universiti kerana ingin menambah duit poket. Pada asalnya
hanyalah sekadar menambah duit poket tapi kemudian menjadi minta untuk
berniaga. Mungkin kerana faktor genetik juga, ayah saya seorang
peniaga.
Saya bermula dengan menjual produk
keperluan seperti topup. Saya menjual di bilik, kepada kawan-kawan satu
kuliah menggunkan secara offline seperti pemasaran mulut ke mulut.
Alhamdulillah setelah dua tahun menjual topup, saya mula menjual makanan
seperti kerepek, kek, roti dan nasi lemak. Saya dan sahabat-sahabat
menjaja dari bilik-bilik.
Apabila masuk ke kampus utama di Kuantan
saya mula menjual barang-barang kesihatan seperti sabun- sabun beraura,
minyak wangi, pemakanan kesihatan kepada kawan-kawan di asrama. Pada
waktu ini saya juga mula memasarkan barang-barang perniagaan saya secara
online seperti mempromosikannya di Mudah.my dan Majalah.com.
Selain itu, ketika saya menyertai Kelab
Usahawan di universiti, saya mula mempromosi produk-produk jualan saya
dengan membuka gerai-gerai jualan ketika ada acara-acara penting. Dari
situ jugalah, saya mula mengenali pelbagai karakter pelanggan dan mula
belajar sedikit demi sedikit tentang pemasaran.
Saya juga pernah menjual T-shirt untuk
pelajar asrama dan ianya projek yang agak besar bagi saya sebagai
pelajar kerana melibatkan kuantiti yang banyak dan perlu skill untuk
bercakap dan berbincang dengan syarikat printing yang belum pernah saya
buat tapi alhamdulillah pengalaman ini mengajar saya untuk memahami
selok-belok bisnes printing walaupun pada asalnya saya tiada pengalaman
Alhmadulillah, selepas habis belajar,
saya berniaga dengan menjual produk pemakanan kesihatan secara online
dan juga secara offline. Zaman sekarang, bagi memasarkan produk,
kedua-kedua medium sangat penting kerana boleh mengurangkan kos
pemasaran untuk sesuatu produk kerana kebanyakan medium online
menggunakan media sosial yang percuma seperti facebook,instagram dan
whatssap.
Sekian.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment