Beberapa ratus tahun yang silam, para sami Siam melindungi patung Buddha Emas ketika angkatan bersenjata Myanmar menyerbu Thailand di China. Mereka melindunginya dengan tanah liat agar harta mereka paling berharga itu terjaga tetapi malangnya, pasukan Myanmar membunuh semua sami yang ada. Akhirnya, segala rahsia mengenai Buddha Emas lenyap bersama sami yang dibunuh.
Pada tahun 1957, para sami dari kuil memindahkan patung Buddha yang dilindungi dengan tanah liat itu ke tempat yang baru. Oleh kerana patung raksasa ini sungguh berat, kren terpaksa digunakan dan menyebabkan patung itu makin retak. Keadaan menjadi lebih teruk kerana cuaca hujan menyebabkan patung itu makin banyak yang retak.
Akhirnya, ketua sami memutuskan untuk membawanya kembali ke tempat asal agar terlindung dari hujan. Pada malam harinya, ketua sami memeriksa patung Buddha untuk memastikannya berada dalam keadaan kering dan baik. Ketika cahaya lampu menyuluh ke sebuah retakan pada tanah liat itu, sami itu ternampak pancaran sinar kecil berkilau.
Sami itu mendekati kilau sinar itu dan tertanya-tanya, mungkinkah ada sesuatu di sebalik tanah liat ini. Dia pun pergi mengambil penukul dan pahat dari kuil dan mula menetak lapisan tanah liat tersebut. Keping demi keping tanah liat mula jatuh dan sinar kecil tadi semakin terang dan besar.
Selepas menetaknya beberapa jam, sami itu kini berdiri berhadapan dengan patung Buddha yang diperbuat daripada emas yang kukuh dan padat. Patung Buddha Emas yang amat berharga itu tersembunyi selama berabad-abad, dibaluti tanah liat sehingga seseorang secara tidak sengaja menemuiya.
Buddha emas itu sama seperti halnya kita dan juga setiap manusia. Dalam diri kita ada emas yang sangat hebat, yang menunggu untuk bersinar terang akan tetapi banyak orang menjalani kehidupan mereka tanpa menyedari betapa hebat sebenarnya mereka.
Mereka menerima apa sahaja dan menjalani hidup di luar potensi mereka. Mereka percaya bahawa kejayaan dan kebahagiaan berada di luar kawalan mereka. Mereka percaya bahawa kehidupan yang layak untuk mereka hanyalah kesusahan dan kegagalan dan percaya tidak ada yang boleh mereka lakukan untuk mengubahnya.
Anda mungkin berkata, "Anda tidak kenal siapa saya dan anda tidak menghadapi masalah yang saya hadapi. Anda tidak tahu bagaimana kehidupan saya'. Ya, anda boleh berkata begitu. Namun malangnya, semakin anda mengatakannya, semakin anda menutupi kehebatan-kehebatan 'emas' dalam diri anda dengan tanah liat dan debu.
Sesungguhnya, Allah SWT menjadikan kita sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini dan Allah memberi kehebatan yang luar biasa pada diri kita tapi kita tidak menyedarinya. "Barang siapa mengenal dirinya, sunngguh ia telah mengenal Tuhannya" ( Hadis Riwayat Bukhari Muslim).
Cuba lihat, apa kehebatan yang Allah kurniakan pada diri kita :
1. Allah SWT memberi kita sepasang mata yang cukup hebat yang boleh membezakan lebih 20 juta warna secara cepat. Berbeza dengan ciptaan manusia. Ketika Edwin Land mencipta kamera Polaroid, yang mengangumkan, ternyata ciptaan itu kuasanya terhad. satu jam diperlukan menghasilkan hanya satu warna. Padahal mata kita boleh membezakan 10 juta warna secara cepat.
2. Jantung kita berdegup sekurang-kurangnya 100,000 kali dalam sehari dan mengepam lebih dari 6,000 liter darah. Jika kita menyambung pembuluh-pembuluh darah dari dari hujung ke hujung, ia akan memanjang lebih dari 60,000 batu.
4. Jika kita menggabungkan semua otot dan menariknya ke satu arah, kita akan mempunyai kekuatan untuk menarik beban lebih daripada 25 tan
5. Jika tenaga bersambung ke sesuatu negara, ia akan mampu membangkitkan tenaga elektrik untuk satu minggu seperti yang dikatakan oleh Nightingale dalam Lead the Field.
6. Semua ini dilakukan secara automatik tanpa kita perlu berfikir tentangnya. Ianya dijalankan satu organ kecil yang kita kenali sebagai otak. Menurut dr Eric H. Chudler dari Jabatan Anestesiologi Universiti Washington menyatakan :
- Otak mempunyai lebih dari 100 bilion sel saraf. Jika semuanya digabungkan dan direntangkan dalam satu garisan, panjangnya boleh mencapai kira-kira 1000 km.
- Otak mempunyai kapasiti untuk menerima 2 bilion bit maklumat setiap saat dan lebih 60,000 fikiran setiap hari. Pemikiran adalah lebih cepat daripada kelajuan cahaya iaitu 180,000 batu per saat.
Oleh itu, setiap kali seseorang berkata kepada dirinya bahawa, " Saya tidak boleh". Sebenarnya kita mampu cuma kita tidak mahu. Kita adala manusia yang hebat dan luar biasa. Kita mampu jadi apa dapatkan apa yang kita inginkan dalam kehidupan.
Apa yang perlu ? Sedari kelebihan diri dan mulakan langkah tindakn untuk berubah. Saya yakin, anda mampu, saya mampu dan kita semua pasti mampu . Galilah emas yang tersembunyi dalam dirimu,pasti kamu mengenali dirimu dan mengenali Sang Pencipta Yang Maha Agung. Sekian.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati
Pasti Akan Kuasai Dunia
No comments:
Post a Comment