Teks : Karimah Abdullah
cikkarimahabdullah@gmail.com
karimahabdullah.blogspot.my
karimahabdullah.blogspot.my
Salam perkenalan
dari saya Karimah Abdullah. Nama mesra saya Karimah. Saya dilahirkan pada tahun
1990 dan merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Saya mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Kiblah (1997- 2002), Sekolah Menengah
Naim Lilbanat (2003-2007). Kemudian saya melanjutkan pengajian ke Matrikulasi
Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya (2008-2010). Akhirnya saya
menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda Bioteknologi selama empat tahu
di Universiti Islam Antarabangsa, Kampus Kuantan.
Selepas tamat
pengajian pada Julai 2014, saya mengambil keputusan untuk buat bisnes atu
mencari kerja yang membolehkan saya tinggal di rumah. Sepanjang saya berada di
rumah, sayabanyak menjual barang kesihatan secara online kerana saya memang
minat dalam bisnes. Lagipun ayah saya memang seorang peniaga dan mak seorang
suri rumah.
Kebetulan pada
masa yang sama, adik saya yang kedua bongsu akan menduduki peperiksaan UPSR
pada tahun 2015. Jadi, mak saya minta tolong saya untuk mengajar adik saya
disebabkan adik saya sangat lemah dalam pelajaran. Jadi bermulanya, bulan Ogos
2014, saya mula mengajar adik saya. Saya bukanlah seorang yang jenis suka
mengajar tapi disebabkan kesian, saya ambil tanggungjawab. Alhamdulillah
selepas 6 bulan mengajar adik saya, dia dah boleh mula baca buku dan rajin ke
sekolah.
Dari pengalaman
mengajar adik saya, saya dapat belajr banyak tentang psikologi kanak-kanak.
Rupa-rupanya, adik saya selama ini tak pandai membaca disebabkan dia ada minor
Disleksia iaitu tertukar huruf " b" dan "d".
Kemungkinan besar cikgu tidak perasan hal ini. Disebabkan selalu dibandingkan
dengan kawan-kawan yang lain, tahap konfiden dirinya telah turun dan
menyebabkan dia selalu tak mahu pergi ke sekolah.
Tapi Alhamdulillah
dengan izin Allah, adik saya dah boleh membaca dan mendapat keputusan A dalam
Bahasa Melayu (Pemahaman) dan B dalam Bahasa Melayu (Penulisan). Dari
pengalaman melihat adik berjaya boleh membaca dan rajin ke sekolah menyebabkan
saya berminat mengajar. Jadi, saya mula mengajar tuisyen kepada jiran-jiran
yang berdekatan.
Manakala, pada
akhir 2015, saya mengambil keputusan untuk mengambil sijil sebagai seorang
hipnoterapis untuk meningkatkan kualiti hidup diri dan keluarga. Bermula dengan
sijil asas sebagai Certified Hypnotist (CH), kemudian Advanced Ceritfied
Hypnotherapy (CHt) dan Certified Master Hypnotist (CMH). Saya mengambil sijil
ini sebenarnya kerana ingin mengenali dan belajar tentang kuasa minda yang
membantu membantu dalam memperbaiki diri untuk lebih berjaya dalam mencapai
impian. Di samping, membantu adik-adik menggunakan kuasa minda dalam proses
pembelajaran.
Saya mengambil
sijil ini semasa mak saya diserang angin ahmar (strok) dan alhamdulillah dengan
izin Allah saya menggunakan segala ilmu yang dipelajari dalam membantu mak saya
kembali sihat. Alhamdulillah sekarang, mak saya semakin sihat. Sebab saya
percaya "Setiap yang berlaku pasti bersebab" kerana dunia dicipta
sebagai " Darul Asbab". Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Itulah
hikmah yang saya nampak, dapat belajar ilmu kuasa minda di saat diri diuji
dengan ibu yang sakit.
Saya memang minat
membaca buku-buku motivasi perniagaan, motivasi pembangunan diri, buku- buku
tentang kuasa minda, buku-buku hipnoterapi, buku-buku motivasi keibubapaan.
Setiap buku-buku ini memberi saya inspirasi dalam menjalani cabaran-cabaran
dalam kehidupan. Selain itu juga, membaca buku juga menjadi terapi minda untuk
diri saya untuk memperbaiki diri menjadi lebih berjaya dalm bidang yang
diceburi.
Semoga blog ini
menjadi "anchor" atau " pasak" dalam term hipnosis untuk
saya lebih bersemangat berkongsi pelbagai informasi tentang motivasi dan kuasa
minda yang mungkin dapat membantu sahab-sahabat semua. Semoga bermanfaat untuk
ilmu dunia dan akhirat.
Sekian.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
Sekian.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment