Alhamdulillah, bandar Kota Bharu hujan lebat dua hari
kebelakangan ini. Jadi banyak aktiviti terpaksa dihadkan kerana hujan. Hari
ini, adik kedua bongsu, Nasuha dah mula demam. Katanya, kawan-kawannya di
sekolah pun sudah mula demam disebabkan cuaca yang tidak menentu.
Kawan-kawannya pun ramai yang tidak hadir ke sekolah kerana demam dan pening.
Nasuha bagitahu yang dia dari hari Ahad lagi dah mula rasa pening tapi tak
demam.
Jadi hari ini, balik sekolah terus lentok tidur. Ingatkan
sebab penat sekolah, rupa-rupanya badan dah panas dan dah demam. Jadi,
disebabkan dah lewat malam, maka suapkan ubat demam yang dah ada dalam peti dan
tuam dengan tuala basah di seluruh tubuh bagi mengurangkan panas badan.
Setiap jam sekali bangun, tuam dengan tuala basah, risau
suhu badan naik mendadak. Esoknya, hari Khamis, hari terakhir sekolah untuk
minggu ketiga Januari, saya dah pesan supaya tidak perlu ke skolah jika demam dan pening.
Tiba-tiba, bangun untuk solat Subuh, tengok-tengok, Nasuha
dah siap mandi dan pakai baju sekolah. Katanya nak ke sekolah. Tak
pernah-pernah bersemangat macam ni nak ke sekolah. Jadi, saya pesan kat Nasuha
supaya bawa ubat demam dan masuk berehat di bilik sakit jika pening dan demam.
Akhirnya, petang Khamis, lepas pulang dari sekolah, muka
Nasuha naik merah dan badannnya panas. Malam itu,terpaksa bawa ke klinik kerana
dia dah mula muntah dan cirit-birit. Tapi alhamdulillah, setelah makan ubat
yang doktor bagi, Nasuha dah sihat sepenuhnya.
Biasanya, semangat yang akan menggerakkan seseorang untuk dapat apa yang diimpikan seperti anak-anak yang tidak sihat tapi hilang terus jadi sihat sebab gembira sangat nak ke sekolah. Sebab itu, anak-anak biasanya sentiasa bersemangat jika suasana sekolah itu seperti yang mereka inginkan, kawan ramai, cikgu-cikgu yang baik, boleh bermain bersama kawan-kawan.
Sekian.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment