Tuesday, 17 January 2017

Mendidik Tugas Mencabar Minda

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya menjadi seorang guru tuisyen. Sepanjang mengajar saya dapat belajar banyak perkara baru terutama perkara yang berkaitan psikologi kanak-kanak atau pelajar. Bagi saya, setiap pelajar yang belajar dengan saya, semuanya genius cuma perlu menggunakan pendekatan yang sesuai untuk mengajar mereka.

Kepakaran saya mengajar adalah subjek sains dan biologi tetapi kadang-kadang perlu juga mengajar subjek matematik untuk adik saya bagi membantu dia menyiapkan kerja sekolahnya. Oleh itu, penggunaan otak antara kiri dan kanan sangatlah perlu seimbang bagi membolehkan saya membantu mereka menyelesaikan masalah.

Walaupun belum bergelar ibu tapi suka suka belajar mengenai psikologi anak-anak dan para pelajar saya. Saya banyak memerhati tingkah laku pelajar-pelajar. Ada pelajar yang minat menulis, ada yang suka dengar guru bercakap sahaja, ada yang suka membuat eksperimen dan pelbagai ragam lagi. Jadi guru perlu bijak mengajar mengikut tahap pelajar yang berbeza.

Oleh kerana itu, saya memahami perasaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Mendidik bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan perlu dilakukan dengan betul. Ada anak-anak yang banyak dominan otak kanan akan selalu suka sesuatu yang kreatif dan hidupnya perlu ditunjuk dan diatur satu persatu. Ada anak-anak yang terlalu dominan otak kiri akan terlalu berdikari dan kadang-kadang sukar untuk mendengar kata. 

Tetapi pada hakikatnya, ibu bapa yang perlu memandu  anak-anak untuk bagaimana untuk menyeimbangkan penggunaan otak antara kiri dan kanan agar anak-anak menjadi seimbang dalam pertimbangan untuk menyelesaikan masalah.

Anak-anak bermula dari kecil akan dominan dalam menggunakan otak kanan dan akan mula dominan menggunakan otak kiri setelah meningkat dewasa. Oleh itu, kadang-kadang ada anak-anak yang suka sesuatu yang kreatif dan berseni dan kurang suka sesuatu yang analisis dan logik seperti matetmatik. Tetapi hakikatnya, ianya boleh diasah dengan latihan dan pengulangan.

Jadi, kita sebagai ibu bapa atau pendidik perlu sentiasa ada cara yang kreatif dalam mengajar dan mendidik anak-anak terutamanya yang di bawah 12 tahun ke bawah kerana kebanyakan mereka masih lagi dominan otak kanan. Ada juga anak-anak yang dah mula dominan otak kiri, mungkin faktor persekitaran, tanggungjawab dan kecenderungan minat.

Oleh itu, belajarlah untuk seimbangkan otak kita agar dapat menghasilkan minda yang super power dalam mendidik anak-anak atau para pelajar. Sekian untuk perkongsian kali ini.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati
Pasti Akan Kuasai Dunia



No comments:

Post a Comment