Thursday, 26 January 2017

Gelombang Al-Quran Menghilangkan Tekanan

Perkongsian kali adalah kesinambungan post Bebaskan Emosi Terpendam. Kali ini, saya akan berkongsi mengenai manfaat Al-Quran dari segi merawat dan menghilangkan tekanan. Jom kita lihat bagaimana kalam Allah ini merawat segala penyakit terutamanya stress.

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. dan mempunyai banyak manfaat. Antara manfaat Al-Quran ialah ketika membacanya secara tartil (betul), ia akan memberi kesan positif kepada paru-paru serta menggetarkan bahagian otak apabila sebutan dengung dan huruf-huruf seperti “alif”, “wau”, dan “ya” dilafazkan. Ini juga adalah salah satu cara untuk menghasilkan “tenaga positif” bagi mengekalkan kecergasan diri dan menghasilkan kehidupan yang cemerlang.

Seterusnya, seorang ahli psikologi dari Belanda iaitu Profesor Vander Hoven merumuskan pengucapan berulang-ulang kata “ALLAH” baik untuk pesakit dan orang normal. Setiap huruf dari kata “ALLAH” itu mampu mempengaruhi penyembuhan psikologi.   Manakala, orang Muslim yang membaca Al-Quran dengan teratur tercegah dari penyakit-penyakit psikologi.

Melalui kajian Dr. Al- Qadhi di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat menunjukkan 97% subjek kajiannya memperoleh ketenangan jiwa melalui membaca Al-Quran. Kajian ini dilakukan dengan menguji tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan apabila diperdengarkan ayat Al-Quran. Ini menunjukkan melalui pembacaan Al-Quran mampu memberi ketenangan sekaligus menyembuhkan ketegangan saraf akibat kerja atau penat.

Bunyi bacaan Al-Quran memiliki gelombang suara yang memiliki frekuensi tertentu. Gelombang suara ini bergerak dari telinga ke otak dan mempengaruhi sel-sel otak. Para ilmuwan menemukan bahawa suara mempunyai kekuatan penyembuhan yang ajaib dan kesan yang menakjubkan dari sel-sel yang mengembalikan keseimbangan ke seluruh tubuh.


Rahsia Kalam Allah

Membaca Al-Quran memiliki pengaruh yang luar biasa terhadap sel-sel otak dan mampu mengembalikan keseimbangan. Otak adalah organ yang mengawal tubuh dan dari sini arahan-arahan dikirim kepada seluruh organ tubuh yang lain terutama sistem kekebalan tubuh.

Tubuh kita terdiri daripada sel-sel yang menghasilkan tisu-tisu, kemudian menjadi organ dan menjadi sistem. Akhirnya, terciptalah diri kita sebagai manusia. Jadi jika, sel-sel kita sihat dan cergas. Secara automatiknya badan kita akan jadi sihat dan menghadapi cabaran dengan lebih tenang dan damain.

Ini adalah sedikit perkongsian daripada saya untuk sahabat-sahabat. Selamat beramal dan semoga bermanfaat. Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati
Pasti Akan Kuasai Dunia.

No comments:

Post a Comment