Monday, 16 January 2017

Aplikasi Hipnosis Dalam Kehidupan

Setelah membaca sedikit sedikit penjelasan tentang hipnosis. Anda semua pasti faham tentang hipnosis dan sudah pasti kita dapat menerapkannya dalam pelbagai bidang. Antara aplikasi hipnosis dalam kehidupan seharian seperti :

1) Keibu bapaan (Parenting)

Hipnosis dalam keibu bapaan (parenting) lebih ditekankan melalui hipnosis persekitaran. Ini kerana ibu bapa dan persekitaran anak-anak adalah "programmer" yang paling bertanggungjawab terhadap program minda nak-anak. Oleh itu, para ibu bapa perlu berhati-hati dalm bertindak, bersikap dan berkomunikasi dengan anak-anak. Baik secara verbal atau pun non-verbal kerana semua yang dilakukan oleh ibu bapa akan mempenagruhi diri anak-anak. Minda bawah sedar anak mula berkembang pada usia 3 tahun dan ke atas. Namun apapun yang terjadi pada diri anak saat usia 0 hingga 3 tahun akan diterima, diserap dan terakam dalam minda bawah sedar. Apa yang paling pnting yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses perkembangan minda dan diri anak-anak adalah sikap dan perilaku, cara anak-anak berfikir, kebiasaan (habit), disiplin, kepercayaan dan nilai hidup.

2) Pendidikan
 
Proses pembelajaran yang terjadi di sekolah mulai dari tadika hinggalah ke universiti tidak terlepas dari proses hipnosis yang dilakukan sekolah terhadap pelajarnya. Bagaimana ini boleh terjadi ? Jika anda tidak percaya, cuba and ingat kembali pengalaman ketika di bangku sekolah. Saya yakin, anda pasti pernah mengalami saat di mana anda minat belajar contoh subjek matematik. Mungkin kerana cikgu matematik itu sangat baik, peramah dan memberi perhatian kepada anda. Cara cikgu matematik anda menagajr pun sangat mudah difahami dan akhirnya matematik menjadi subjek kesukaan anda. Tetapi disaat anda naik kelas, cikgu matematik anda ditukar dan akhirnya anda rasa tidak seronok belajar cikgu matematik yang dulu. Di saat itu, anda mula rasa tidak seronok belajar matematik. Akhirnya anda mulai merasa bosan, tidak tertarik bahkan mungkin membenci subjek matematik. Percaya atau tidak suasana pembelajaran di dalam kelas sangat mempengaruhi diri murid. Oleh itu, para guru perlu menunjukkan sikap yang baik dan perlu menggunakan teknik yang sesuai untuk mengajar pelajar-pelajar yang terdiri daripada karakter yang berbeza.

3)  Bidang Perhubungan dan Komunikasi

Aplikasi hipnosis  dalam perhubungan dan komunikasi bermula dari diri anda. Sebelum berkomunikasi dengan orang lain, anda perlu pastikan anda telah mampu berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Antara perkara yang perlu diberi perhatian seperti cara berpakaian, berjalan, berbicara, sikap,antusiasme, postur tubuh, penampilan fizik, tatapan mata, ekspresi wajah, gerakan tangan, intonasi suara, kecepatan bicara, pemilihan kata, dan tekanan pada kata tertentu. Ada pakar komunikasi yang menyatakan bahwa seseorang hanya mempunyai waktu maksimal dua saat untuk mampu memberi kesan pertama kepada diri orang lain.


4) Pemasaran dan Penjualan

Aplikasi hipnosis dalam bidang ini teramatlah luas tapi saya akan berikan contoh yang dekat dengan kita. Kita guna contoh dalam bidang pengiklanan Maggi atau mana-mana pengiklanan makanan di televisyen. Pernah tak kita terfikir kenapa setiap iklan Maggi hanya dalam bentuk soft selling iaitu dalam bentuk emosi ? Contoh ibu tak sempat masak, tak perlu risau ada Maggi yang penuh dengan rempah asli dan boleh makan dengan segera serta mudah didapati. Kenapa iklan-iklan ini berulang-ulang kali ditayang terutamanya pada waktu puncak. Inilah kuasa hipnosis dalam bidang pemasaran. Di mana, minda bawah sedar akan cerap sesuatu yang beremosi, contoh sedapnya maggi sebab ada rempah kari asli dan mudah pula didapati. Kekuatan pengulangan sangat perlu kerana minda akan mencerap sesuatu yang ditayangkan berulang-ulang kali. Oleh itu, tanpa sedar kita telah membeli produk tersebut. Ini adalah salah satu contoh sahaja.

5) Klinikal Hipnosis @ Hipnoterapi

Aplikasi hipnosis digunakan dalam membantu merawat masalah mental dan fizikal (psikosomatik) seperti kemurungan, kebimbangan, fobia,stress dan lain. Di negara Barat, ilmu hipnosis iaitu hipnoterapi telah lama dipraktikkan untuk merawat pelbagai jenis penyakit terutamannya berkaitan minda.

6) Forensik Hipnosis

Aplikasi hipnosis turut digunakan dalam bidang forensik bagi melakukan penyiasatan dan penggalian maklumat dari memori penjenayah.

Ini adalah beberapa contoh aplikasi hipnosis yang digunakan dalam beberapa bidang. Terdapat banyak lagi aplikasi hipnosis dalam bidang-bidang yang lain. Di harap dengan sedikit perkongsian ini, anda dapat memahami bagaimana hipnosis berfungsi dalam kehidupan seharian kita. Sekian



Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia


 


No comments:

Post a Comment