Friday, 27 January 2017

Rahsia Minda Wang





Apa yang anda terfikir apabila anda membayangkan WANG ?
Adakah anda terfikir tentang rumah besar? Kereta besar ?
Adakah wang buat anda bahagia?
Adakah wang buat anda derita ?
Apa perasaan anda apabila bercerita pasal WANG ?


Pastinya setiap orang memiliki pelbagai tafsiran yang tersendiri. Ada yang berfikir wang penting kerana mahu yang banyak, kerana ingin memiliki rumah yang beasar . Ada yang berfikir mahu memiliki wang yang banyak kerana ingin selesaikan hutang. Jadi setiap orang memiliki matlamat atau BIG WHY yang berbeza untuk mendapatkan.

Wang hanyalah alat untuk menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan kita dalam kehidupan kita. Kita hamba Allah bukanlah hamba wang. Selain itu, tafsiran kaya juga berbeza bagi setiap orang. Ada orang dapat gaji RM1,000 sebulan pun sudah kaya bagi dirinya. Ada orang RM10,000 sebulan pun sudah kaya. Oleh sebab itu, matlamat setiap orang berbeza mengenai wang tapi yang pasti setiap orang pasti perlu menggunakan saluran yang sama untuk mencapai impian dalam menjemput rezeki (wang).

Perkara yang pertama yang perlu anda betulkan matlamat, niat, ucapan, tindakan dan rasa anda dalam menjemput wang. Bagaimana mana mudah untuk menjemput wang adalah perlu faham tentang bagaimana wang itu bertindak bak kata Master Rey, guru saya : "Kita Nak Tarik Wang, Bukan Fokus Wang."
Jadi yang kita perlu fokus adalah cara menjemput wang bukan fokus wang.  

Contoh kenapa anda ingin pendapatan RM 10,000 ? Cuba cerita secara detail  dan spesifik. Ambil pen dan kertas sekarang. Cuba senaraikan sekarang apa yang anda inginkan lakukan dengan RM10,000 itu. Ini adalah contoh bagaimana caranya :
1. RM 1000 (zakat)
2. RM 2000 (bagi kat mak ayah)
3. RM 4000 ( sewa rumah,kereta,perbelanjaan bulanan,takaful)
4. RM 2000 (simpanan emas, simpanan di unit trust)
5. RM 1000 (simpanan kecemasan)

Ini hanyalah contoh ke mana wang sebanyak RM10, 000 hendak digunakan atau dialirkan. Begitu spsesifik dan detail. Itulah Rahsia Minda Wang. Ianya berkait dengan menggunakan kuasa minda dalam menjemput wang. Matlamat atau target mestilah tepat, detail dan spesifik. Barulah mudah untuk dialirkan. Wang itu ada energi dan ianya perlu saluran yang betul untuk dialirkan agar tidak tersangku-sangkut.

Jadi, point saya yang pertama adalah matlamat atau niat perlu jelas. Kemudian, menjemputnya dengan rasa syukur, semakin kita bersyukur, semakin Allah menambah rezeki kita. Jemput rezeki dengan sedekah. Bagi orang yang otak kiri, hanya akan bersedekah ketika ada duit tapi orang dominan otak kanan akan bersedekah dahulu walaupun tiada duit. Itulah perbezaan antara orang kaya dan orang tidak kaya. Kaya maksud saya,adalah kaya hati dan minda.

Yang seterusnya, ada kemahuan dalam menjemput wang. Bukan mengejar ye tapi menjemput. Makin dikejar, makin berciciran lari, jadi jemputlah dengan menggunakan kuasa minda. Mahu itu maksudnya nak. Ada orang nak pendapatan RM10,000 tapi sekadar angan-angan sahaja bukan sampai peingkat betul-betul mahu bertindak. Orang hebat akan bertindak, orang yang gagal akan beralasan untuk bertindak.

Kemudian matlamat perlu jelas dan memenuhi keperluan kita. Iaitu kenapa perlu dapatkan pendapatan RM 10,000 dan kemudian fokus pada tujuan wang itu diperlukan. Akhirnya, aktifkan Seni Kuasa Rasa iaitu rasakan pada perkara atau yang kita perlu itu. Contohnya, kita bervisualisasi bahawa kita memiliki banyak wang, kita tengah berada dalam rumah yag besar., kita pergi umrah bersama keluarga. Visualkan sebanyak-banyknya terutama sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Rasakan perasaan kita ketika memegang wang sebanyak itu. Rasakan perasaannya, adakah tenang, gembira dan sebagainya. Semakin kita rasa seronok atau memberikan energi positif kepada wanga. Maka makin mudah untuk menjemputnya.

Akhir sekali, syarat menjemput wang adalah sedia terima. Ramai di antara kita tidak dapat memiliki apa yang diingini kerana kita belum bersedia Contohnya, agak kalau hari ini, tiba-tiba Allah bagi rezeki wang kepada RM 1 juta, agak-agak apa ye yang kita akan buat ye ? Jom sama-sama fikirkan. Oleh sebab itu, apabila kita berimpian, kita perlu bersedia dari segi minda,mental dan fizikal untuk menerima wang yang kita inginkan.

Wang bukan datang sekadar datang, ianya perlu tahu apa tujuannya dan dihadirkan dan perlu tahu di mana ianya perlu dialirkan. Itulah wang. Oleh itu, kita perlu mendidik minda diri kita agar faham, tahu bagaimana nak menggunakan wang.

Wang hanyalah alat untuk mencapai bahagia dan bukanlah hak mutlak bahagia. Bahagia ini yang pasti datang dari hati yang sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada. Jom sama-sama aktifkan minda wang anda dengan cara yang betul. Semoga bermanfaat, Terima kasih.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia

No comments:

Post a Comment