Anda dah faham apa itu hipnosis ? Jika dah faham maksudnya anda dah faham yang kita semua adalah penghipnotis sama ada kita sedar atau kita tidak sedar. Sama ada kita belajar hipnosis atau tidak. Sesungguhnya, manusia boleh dipengaruhi dan mempengaruhi. Itulah HIPNOSIS. Apa yang mengubah fikiran manusia adalah PERKATAAN.
Perkataan adalah bahasa minda. Setiap saat, perkataan dihasilkan dan seterusnya menjadi AYAT dan daripada ayat itu membina MAKNA dan NILAI dalam kehidupan seseorang manusia. Macam mana proses terpengaruh ini terjadi :
Mula-mula, TERDENGAR.
Kemudian, dari TERDENGAR jadi ingin TAHU.
Dari ingin TAHU,mahu dorong diri MENCUBA
Dari CUBA kemudian TERBIASA
Dari KEBIASAANNYA akhirnya SULIT DIUBAH
Oleh itu, kita mesti sentiasa menjaga tingkah laku dan perkataan untuk menjadi manusia yang baik kerana tanpa kita sedar kita mempengaruhi hidup orang lain secara langsung atau tak langsung. Bak kata guru saya, Master Rey, perkataan adalah PANAH BERACUN.
Setelah belajar seni kuasa minda ini saya mula memahami bisanya perkataan ini. Setiap perkataan yang diucap pasti melekat di jiwa si pendengar. Jika perkataan yang baik, Alhamdulillah tapi jika sebaliknya, buruk padahnya. Bak peribahasa Melayu, "Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya".
Pengalaman saya sepanjang bergelar hipnoterapi, saya banyak membantu merawat pelajar-pelajar kurang keyakinan dir dan takut ke sekolah. Ada yang ibu bapa sampai hantar anak jumpa ustaz untuk berubat tapi sihatnya sebentar sahaja dan kemudian tak mahu ke sekolah juga.
Setelah di siasat rupa-rupanya pelajar terbabit tidak pandai membaca dan kawan-kawannya selalu mencaci dan akhirnya dia merasakan dirinya tak pandai. Kalau tak pandai, buat apa pergi sekolah. Pelajar ini tergolong dalam kategori kinestetik dan kurang bercakap dengan ibu bapa dan kawan-kawan. Akhirnya setelah melalui proses terapi setelah beberapa kali. Alhamdulillah, pelajar ini bersemangat ke sekolah.
Itulah kekuatan tenaga yang ada pada PERKATAAN. Dengan kata-kata, mampu menyembuhkan dan dengan kata-kata mampu menghancurkan kehidupan seseorang. Jadi jaga-jagalah dengan kata-kata kita kerana kita adalah HIPNOTIS.
Ketika kita lahir di dunia, Allah kurniakan anak ini lahir daripada perkongsian hidup ibu dan bapa. Maka, ibu bapa adalah orang yang pertama mempengaruhi hidup anak-anak. Oleh itu, ibu bapa adalah seorang Hipnotis kerana ibu bapa yang akan mencorak kehidupan anak-anak. Anak akan mendengar apa yang ibu bapa cakap, melihat apa ayang dibuat oleh ibu bapa mereka dan tanpa sedar mereka ikut perangai ibu bapa.
Saya juga pernah seorang kawan lelaki tentang kenapa lelaki suka merokok dan saya tanya macam mana dia boleh merokok. Dia mula merokok ketika darjah 1 iaitu ketika berumur 7 tahun dan dia merokok kerana syok tengok ayahnya merokok. Pada mula-mulanya, hanya ingin mencuba tapi lama-lama, makin ketagih dan menghisap rokok sampailah sekarang berumur 33 tahun. Rasa nak nangis dengar. Saya bertanya, mak ayah tak tahu ke pasal menghisap rokok ni. Dia bagitau, " Masa kecil dulu ada mak tengur tapi saya hisap rokok masa saya di luar rumah dan ayah pun tak tahu. Akhirnya, dia cakap dah biasa hisap rokok kalau tiada rokok macam tak boleh hidup.
Bapa adalah role model kepada anak lelaki di samping peranan ibu membentuk anak lelaki dengan kasih sayang manakala kebiasaanyan ibu adalah role model kepada anak perempuan dan peranan ayah sebagai pelindung dan penjaga melalui kasih sayang. Jadi sebagai ibu bapa, kita harus cakna terhadap perbuatan kita kerana tanpa sedar kita telah meng'hipnosis' kehidupan anak-anak.
Selain itu, peranan guru-guru, rakan-rakan dan suasana yang positif sangat perlu untuk menjadikan seseorang itu berjiwa besar, berhati dan minda positif. Kita tak mampu untuk ubah orang lain tapi kita mampu ubah kehidupan kita. Jadi, jika ingin menjadi seorang yang penghipnotis yang baik, ubahlah corak kehidupan untuk menajdi lebih baik. InsyaAllah jika kita menjadi positif, kita akan menarik semua perkara-perkara yang positif. Itulah hukum Law Of Attraction.
Ramai orang memeluk Islam ketika zaman Rasulullah SAW adalah melalui qudwah hasanah (akhlak). Orang tertarik dengan Islam kerana perwatakan Rasulullah SAW yang beralhlak mulia bukannya semata-mata melalui peperangan. Itulah indahnya Islam yang Allah cipta tetapi tidak ramai yang mengambil cakna tentang hal ini. Saya mendoakan kepada semua sahabat-sahabat yang membaca post ini, semoga kita sedar betapa hebatnya Allah ciptakan kita sebagai seorang manusia dan diberi nikmat terbesar iaitu Islam. Maka, bersyukurlah dan ubahlahh persekitaran kita menjadi lebih baik dan ubah persepsi terhadap diri bahawa kita MAMPU berubah menjadi lebih baik dan mampu mengaruhi orang lain untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah. Aamiin. Sekian.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment