Tuesday, 24 January 2017

Duit Datang Setelah Mendapatkan Ilmu

Siti merupakan seorang pelajar lepasan politeknik dalam jurusan perhotelan. Setelah habis belajar, dia pulang ke kampung dan tinggal bapanya setelah kematian ibunya. Ayahnya seorang guru dan adiknya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perkapalan.

Setelah beberapa bulan berada di rumah. Dia membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat degree secara part time. Tapi baginya, apa yang paling penting adalah dapat tinggal bersama ayahnya di rumah kerana kasihankan ayahnya. Ayahnya menyuruhnya menyambung belajar dan ayahnya akan menanggung perbelanjaan disamping boleh memohon pinjaman PTPTN.

Tidak lama kemudian, Siti mula belajar dan kelasnya hanyalah di hujung minggu dan pada hari biasa, dia hanya berada di rumah. Akhirnya, dia plan ingin bekerja secara separuh masa di kedai-kedai yang berdekatan dengan rumahnya. Setelah dikenal pasti, Siti mendapat kerja di kedai kek dan roti di kampungnya dan berdekatan rumahnya.

Bos di kedai itu memang memerlukan pekerja tapi susah untuk mendapatkan pekerja kerana faktor gaji yang rendah. Pada mulanya, Siti agak keberatan untuk bekerja di situ memandangkan gaji yang rendah tapi apabila memikirkan dirinya bosan di rumah dan ingin mencari pendapatan sendiri sambil belajar. Maka,Siti memulakan kerja di situ.

Alhamdulillah, walaupun gajinya yang kecil tapi bosnya sangat baik hati dan mengajarnya membuat pelbagai jenis kek yang belum pernah dipelajarinya. Baginya, walaupun kedai kek dan roti di kawasan kampung tetapi kek buatan bosnya sedap dan boleh dipasarkan di luar kawasan kampung. Dari niatnya hanya untuk mengisi masa lapang, akhirnya Siti seronok bekerja di situ dan ikhlas menuntut ilmu tentang pembuatan kek.

Siti seperti remaja perempuan lain yang aktif berfacebook, instagram dan sebagainya. Jadi, di samping belajar membuat kek dan bekerja di kedai itu, Siti mengambil langkah berani dengan memasarkan kek-kek di kedai secara online. Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan. Permintaan dari hari ke hari semakin meningkat. Dia pun tidak menyangka, rezekinya datang mencurah-curah.

Walaupun untung daripada kek yang dijual tidaklah besar tetapi Siti dan bosnya mementingkan kualiti kek yang dibuat dan dijual dengan yang berpatutan. Setiap hari, permintaan terhadap kek-kek buatannya seperti Kek Kiwi, Kek Rasberi, Kek Cheese mendapat sambutan yang tinggi.

Itulah rezeki La Yahtasib (tidak disangka-sangka) . Niatnya hanyalah belajar membuat kek, kemudian Allah rezekikakn rezeki yang tidak disangka. Siti boleh belajar membuat kek dan sambung degree, dapat berniaga dan dapat meneman ayahnya di rumah. Semua itu adalah rezeki.

Begitulah dalam kehidupan, duit memerlukan ilmu untuk ditadbir kerana tanpa ilmu mana mungkin duit dapat ditadbir dengan baik. oleh itu, niatkan untuk menuntut ilmu tidak kira tentang apa-apa pun, agar Allah rezekikan kita rezeki, asbab dari kita menuntut ilmu walaupun bukan secara formal. 


No comments:

Post a Comment