Friday, 20 January 2017

Seronoknya Belajar

Alhamdulillah, hari ini hari Jumaat yang penuh barakah, diberi peluang untuk belajar teknik pemasaran online dengan anak muda yang mempunyai bisnes yang berjaya, Alang Arifnan. Walaupun, dia seorang anak muda tapi ilmu sangat banyak dan tidak lokek berkongsi ilmu terutama dalam bidang pemasaran.

Biasanya, kebanyakan kelas-kelas untuk belajar pemasaran online diadakan di Kuala Lumpur. Saya pun dah lama tidak menuntut ilmu secara bersemuka dengan guru secara bertalaqi. Banyak kelas yang saya sertai melalui online. Jadi kali ini,alhamdulillah dapat sertai #team2017 kali ini.

Untuk sesi kelas yang pertama di Kota Bharu, antara perkara baru yang saya belajar adalah cara menggunakan Instagram untuk pemasaran secara online. Saya seorang peniaga yang banyak menggunakan Facebook untuk mempromosikan produk-produk yang saya jual dan saya kurang mahir untuk menggunakan Instagram.

Jadi, alhamdulillah dipertemukan dengan guru yang sesuai untuk saya belajar cara pemasaran menggunakan Instagram. Selain itu, cikgu Alang Arifnan turut mengajar tentang mindset seorang usahawan. Dia menceritakan sedikit pengalamannya berguru dengan banyak guru dalam bidang pemasaran,bidang usahawan.

Antara perkara yang paling penting adalah memperbetulkan mindset sebagai seorang usahawan. Mindset ini mesti luar biasa dan lain daripada orang lain kerana katanya hanya minda yang berani menanggung risiko akan berani menjadi usahawan.  Setiap orang yang ingin belajar ilmu baru, perlu ada buku catatan atau digelarnya sebagai “ Black Book” untuk mencatat semua ilmu yang dikongsi oleh guru.
Selain itu juga, setiap orang perlu ada visi hidup iaitu visi untuk diri sendiri seperti kita melihat diri kita dalam temph 10 tahun lagi jadi siapa. Yang seterusnya adalah, kita perlu ada misi untuk mencapai matlamat kita dalam hidup ini iaitu perancangan mengikut matlamat yang kita tetapkan.

Akhir sekali antara perkongsiannya adalah, setiap matlamat perlu ada target untuk dicapai sama ada bertulis atau tidak bertulis. Target adalah amat penting bagi menentukan matlamat kita boleh dikecapi dalam masa tertentu atau tidak. Jika tidak, pelan tindakan perlu diperbaiki pada masa depan. Itu sahaja perkongsian dari kelas dengan #team2017. Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.



 

No comments:

Post a Comment