Salah
satu cara mengekalkan kecergasan sepanjang hari dan membekalkan diri dengan aura posistf adalah mulakan hari
anda dengan senyuman. Pastikan ketika melihat cermin,anda senyum dengan
selebar-lebarnya sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan kepada
kita.
Semasa
senyum, katakan pada diri,
“Alhamdulillah,
Ya Allah, aku cergas dan sihat luar biasa.”
Ketika
kita tersenyum, paras endorfin di dalam badan akan meningkat yang memberi
perasaan tenang dan selesa dengan diri sendiri serta boleh memberi energi yang
luar biasa kepada tubuh badan.Selain
itu, dengan memberi maklumat positif kepada diri, sel-sel dalam badan kita akan
sentiasa hidup dan segar.
Kajian
telah dilakukan oleh sebuah Universiti Pusat Perubatan California mendapati
orang yang banyak ketawa dan senyum mempunyai peningkatan dari segi hormon baik
seperti endorfin dan neurotransmitter dan penurunan hormon stress seperti
‘cortisol’ dan “adrenaline’
Ada
beberapa fakta menarik tentang SENYUMAN, antaranya ialah:
1.
Senyuman merupakan senaman berbentuk jogging
dalaman yang merangsang seluruh tubuh melalui saraf otak dan hormon-hormon. Apabila
kita tersenyum, badan automatik turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran
darah yang melalui sinus(ruang) ke otak dan sekaligus mengelakkan tekanan darah
tinggi ke otak.
2. Kita hanya menggunakan 17 otot muka ketika
senyum berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Ketika senyum, kita dapat melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, sekaligus
membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
3. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100
kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam
selama 10 minit.
4. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan
virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan
Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem
pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan
penyakit).
5. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan
darah, meningkatkan kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung
merangsang proses penyembuhan.
6. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa
mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
7. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki
fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam
badan.
8. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit
rohani yang kronik seperti sombong dan angkuh.
Tip Ringkas Terapi Senyum :
1.
Mulakan hari dengan
latihan senyum di hadapan cermin dan mulakan dengan doa ketika melihat cermin :
“Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin
khuluqi.”
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan
kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku. [Hadith Sahih - Riwayat
Ahmad dan Ibnu Hibban]
2.
Kemudian ucapkan pada
diri sambil senyum:
“Alhamdulillah
Ya Allah , aku cergas, sihat dan tenang luar biasa”.
Semakin
hari aku semakin bertenaga untuk berpuasa dan beribadat kepadaMu Ya Allah.
Semakin
hari, aku semakin tenang dengan taat kepadaMu Ya Allah.
Terima
kasih Ya Allah.”
3.
Banyakkan senyum di
tempat kerja atau kepada sesiapa sahaja tapi pastikan senyum kena pada tempat
dan ikhlaskan niat senyum kerana Allah. InsyaAllah, akan nampak perubahan yang
positif dan lebih bertenaga.
Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment