Anak-anak dilahirkan semuanya genius dan pandai. Tiada istilah tidak pandai cuma mereka ada kecenderungan yang berbeza dalam setiap apa yang dipelajari. Ada anak-anak yang memang minat bidang kreatif seperti melukis dan ada anak-anak meminati bidang intelegensi seperti minat dalam subjek matematik. Jadi, setiap anak-anak kebiasaannya ada kecenderungan menggunakan otak sebelah kanan atau kiri.
Otak kita terbahagi kepada dua bahagian utam iaitu kanan dan kiri. Kebiasaannya, kita akan dominan pada salah satu bahagian otak pada satu-satu masa. Antara perbezaan anak-anak yang dominan otak kanan dan kiri ialah seperti berikut.
Fungsi
Otak Kanan
Otak kanan adalah otak yang berada disebelah kanan dalam posisi anatomis (frontal).
Fungsi otak kanan adalah sebagai berikut:
○ Perkembangan emosi (emotional quotient (EQ))
○ Hubungan antara manusia (sosial)
○ Fungsi Komunikasi (perkembangan bahasa non-verbal)
○ Perkembangan intuitif Seni (menari, melukis, menyanyi dan lain-lain)
○ Mengendalikan ekspresi manusia
○ Pusat khayalan dan kreatif
○ Berfikir lateral dan tidak bersistematik
○ Tidak memikirkan hal-hal secara detail
○ Cara kerjanya long term memory (memori jangka panjang)
○ Lebih ahli dalam menentukan ruang/tempat dan warna
○ Bila terjadi kerusakan pada area otak kanan yang terganggu adalah kawasan kemampuan visual dan emosi
○ Perkembangan emosi (emotional quotient (EQ))
○ Hubungan antara manusia (sosial)
○ Fungsi Komunikasi (perkembangan bahasa non-verbal)
○ Perkembangan intuitif Seni (menari, melukis, menyanyi dan lain-lain)
○ Mengendalikan ekspresi manusia
○ Pusat khayalan dan kreatif
○ Berfikir lateral dan tidak bersistematik
○ Tidak memikirkan hal-hal secara detail
○ Cara kerjanya long term memory (memori jangka panjang)
○ Lebih ahli dalam menentukan ruang/tempat dan warna
○ Bila terjadi kerusakan pada area otak kanan yang terganggu adalah kawasan kemampuan visual dan emosi
Fungsi
Otak Kiri
Otak kiri adalah otak yang berada disebelah kiri dalam posisi anatomis (posisi frontal). Fungsi otak kiri adalah sebagai berikut:
○ Perkembangan Intelegensi (intelligence quotient (IQ))
○ Pusat perkembangan logik dan rasional (seperti matematik)
○ Berfikir secara sistematik
○ Bahasa verbal
○ Berfikir linear dan bersistem
○ Berfikir analisis dan bertahap
○ Cara berfikirnya short term memory (memori jangka pendek)
Otak kiri adalah otak yang berada disebelah kiri dalam posisi anatomis (posisi frontal). Fungsi otak kiri adalah sebagai berikut:
○ Perkembangan Intelegensi (intelligence quotient (IQ))
○ Pusat perkembangan logik dan rasional (seperti matematik)
○ Berfikir secara sistematik
○ Bahasa verbal
○ Berfikir linear dan bersistem
○ Berfikir analisis dan bertahap
○ Cara berfikirnya short term memory (memori jangka pendek)
Jika terjadi gangguan pada otak kiri, maka yang terganggu adalah fungsi
berbicara, bahasa dan matematik.
Fungsi otak kanan dan otak kiri pada manusia sebenarnya menyatu dalam satu kesatuan fungsi.
Fungsi otak kanan dan otak kiri pada manusia sebenarnya menyatu dalam satu kesatuan fungsi.
Kadang-kadang kita bertanya kenapa anak saya tidak pandai matematik atau kenapa anak saya tidak pandai sains atau bahasa Melayu. Kanak-kanak yang meminati Matematik atau sesuatu yang logik kebanyakannya dominan otak kiri. Manakala, kanak-kanak yang meminati seni atau sesuatu Bahasa, dominan otak kanan. Tapi pada lumrahnya, sejak hari dilahirkan, anak-anak adalah suci dan dominan otak kanan ( aktif minda bawah sedar). Oleh kerana itu, kita melihat kanak-kanak memang kreatif dan imaginatif tapi makin meningkat dewasa, makin meningkat dominan kiri kerana banyak menggunakan logik (minda sedar).
Jadi sebenarnya, tidak pernah ada pelajar yang tidak pandai kerana cara penggunaan otak mereka berbeza-beza pada satu-satu masa. Ada yang dominan kanan lebih suka sesuatu yang seni iaitu pendidikan seni, suka sesuatu yang kreatif. Manakala, bagi anak-anak yang dominan otak kiri, lebih suka sesuatu yang kritis seperti mengira. Jadi, para ibu bapa dan guru perlu memahami anak-anak atau pelajar anada berada dalam kategori mana.
Saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang perbezaan perwatakan pelajar mengikut dominan penggunaan otak kiri dan kanan. Saya ada tiga orang adik yang berperwatakan berbeza. Seorang suka sesuatu yang berseni iaitu melukis dan suka bahasa melayu sahaja dan apabila sampai subjek matematik, dia akan terus jadi down sebab katanya matematik susah. Manakala, adik yang suka sangat dengan matematik dan apabila sampai subjek biologi atau sejarah, dia terus akan down dan tak nak study kerana katanya susah la, subjek kena baca-baca ni. Manakala, adik yang ketiga, suka memasak dan sesuatu yang seni tapi dalam masa yang sama suka juga mengira.
Setelah, saya memerhatikan ketiga-tiga mereka ini, saya mula faham setiap orang akan dominan pada salah satu bahagian otak sahaja dalam sesuatu masa. Jadi apa yang saya lakukan adalah, saya mengajar adik yang tidak minat matemati menggunakan seni iaitu ajar menggunakan kertas berwarna, ajar dalam bentuk penceritaan, dan melakukan latihan senaman otak.
Manakala, bagi adik yang dominan otak kiri iaitu yang minat matematik, saya mengajar latihan senaman otak dan lakukan jurus nafas bagi menukar dominan otak kiri (minda sedar aktif) kepada dominan kanan (minda bawah sedar aktif) ketika hendak belajar subjek yang membaca dan menghafal.
Adik yang ketiga boleh menyeimbangkan kedua-dua belah otak kerana faktor umur yang muda dan kurang tanggungjawab. Semakin kita membesar, semakin kritis pemikiran. Jadi belajarlah menggunakan minda bawah sedar melalui anak-anak. Kerana mereka lebih banyak menggunakan otak kanan berbanding otak kiri.
Jadi di sini, tiada isu yang pelajar itu tidak pandai cuma perbezaan cara penerimaan mereka itu sahaja yang berbeza dan dominan otak mereka sahaja.Tetapi hakikatnya, kedua-dua belah otak boleh diseimbangkan dengan pelbagai cara, antaranya ialah melalui latihan senaman otak, belajar menggunakan teknik penceritaan dan pelbagai lagi. InsyaAllaha saya akan kongsikan dalam post akan datang.
Sekian, terima kasih.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment