Alhamdulillah sepanjang menjual produk makanan kesihatan, ramai klien-klien yang saya temui yang telah yang menghidapi pelbagai jenis penyakit. Ada yang diuji dengan kanser, ada yang diuji dengan penyakit dengan penyakit tiga serangkai, kecing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang. Ada yang gastrik sehingga terpaksa minta cuti di tempat kerja kerana gastrik yang terlalu teruk.
Setiap penyakit yang Allah berikan pasti ada penawar kecuali mati begitu juga dengan segala masalah yang kita hadapi dalam hidup ini. Tiada manusia yang tidak diuji cuma ujiannya yang berbeza setiap orang. Setakat yang saya perhatikan banyak faktor yang menyebabkan penyakit seperti tekanan (stress), pemakanan dan gaya hidup. Apa yang saya perhatikan, 70% penyakit berpunca dari minda yang negatif dan selebihnya, 30% adalah ikhtiar perubatan (ubat,akupuntur,bekam dan banyak lagi rawatan untuk pelbagai penyakit.
Sepanjang saya berkhidmat sebagai hipnoterapi, saya banyak jumpa klien yang kita lihat dari luarannya sebagai seorang yang kaya iaitu tiada masalah dari segi kewangan dan keluarga tapi diuji dengan sakit sehingga menyebabkan stroke. Pada awalnya, bermual dari hantinya yang tidak dapat menerima takdir yang suaminya beristeri dua dan mula tertekan sehingga memakan diri sendiri dengan menghadap darah tinggi dan akhirnya menghidap stroke.
Ini salah satu kes yang berkaitan penyakit psikosomatik. Bermula dari tekanan tak dapat redha dan memaafkan dan akhirnya, menyimpan tekanan dan akhirnya apabilba badan tidak boleh lagi menahan tekanan, akhirnya timbullah penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, migrain dan sebagainya.
Biasanya kita hanya nampak, penyakit dan berusaha mencari penawar untuk merawat penyakit tersebut tanpa kita mencari puncanya di mana. Ramai orang yang saya pernah saya jumpa, sepanjang menjadi penjual produk pemakanan kesihatan dan sebagai hipnoterapi, hanya targetnya untuk beli ubat atau produk untuk sembuh dengan cepat.
Tapi mereka tidak mahu mencari punca mereka menghidap penyakit-penyakit tersebut. Tugas saya sebagai hipnoterapi memandu klien-klien untuk membebaskan emosi-emosi mereka yang terpendam melalui sesi rawatan terapi. Tugas saya hanya membantu tapi ianya bergantung kepada diri klien-klien itu sendiri betulkah mereka ingin sembuh dengan melepaskan emosi-emosi terpendam tersebut.
Umpama ada doktor yang ingin datang merawat anda tapi anda tidak mahu dirawat. Jadi mana mungkin kita dapat merawat penyakit yang kita hadapi. Begitu juga dengan ubat-ubatan yang kita amalkan untuk kembali sihat. Adakah kita makan ubat-ubatan itu, terus bertukar menjadi sihat. Tidak sama sekali, ubat hanyalah membantu merawat tapi yang memulihkan kembali kita adalah roh dan semangat dalam diri.
Oleh itu, saya selalu berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat semua, jagalah diri dengan menjaga emosi. InsyaAllah apabila emosi dan hati kita dalam keadaan sihat, kita akan mampu menghadapi apa-apa ujian yang Allah berikan kepada kita. Bebaskan emosi terpendam, agar diri kita boleh maju ke hadapan. InsyaAllah.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment