Keratan akhbar di atas, menunjukkan peningkatan tahap tekanan atau stress di kalangan rakyat Malaysia dari hari ke hari. Ini menunjukkan, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan pada hari terutamanya dengan kos sara hidup yang makin meningkat, masalah ditempat kerja, masalah keluarga dan sebagainya.
Oleh itu, apa yang terpenting dalam menghadapi tekanan ini adalah dengan membebaskan emosi dengan cara yang betul dan belajar untuk menerima takdir yang ditentukan. Contohnya ada ibu bapa yang tertekan dengan kerenah anak atau ada kakitangan yang tertekan di tempat kerja. Maka, sangat penting untuk "switch" pemikiran anda menjadi positif. Jika kita terus berfikiran negatif terhadap sesuatu cabaran yang dihadapi, maka perkara negatif juga akan kita tarik dalam kehidupan kita.
Contohnya cara pemikiran yang positif, " Anak-anak adalah amanah Allah dan mereka semua masih kecil dan tak tahu apa-apa", jadi secara automatik kita sebagai ibu bapa akan menjadi positif. Manakala jika berhadapan cabaran di tempat kerja, maka tukarlah cara pemikiran agar kita dapat menghilangkan tekanan.
Ini adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan jika berada dalam keadaan tertekan atau stress :
1. Pertama lakukan Jurus Nafas iaitu, anda boleh duduk d atas kerusi dan urus pernafasan anda seperti berikut :
- Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 5 saat
- Tahan nafas tersebut dalam kiraan 20 saat
- Hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 10 saat
2. Lakukan pernafasan ini sekurang-kurangnya 3 hingga 5 pusingan atau 3 minit hingga 5 minit.
3. Ketika melakukan Jurus Nafas ini, anda hendaklah membayangkan yang anda sedang menyedut
sifat-sifat positif atau perkara positif (tenaang,bahagia,cergas,baik dan
sebagainya). Kemudian ketika hembus,bayangkan anda sedang menghembus sifat-sifat negatif
atau perkara negatif (sakit,penat,sakit hati dan sebagainya)
4. Cuba lakukan Jurus Nafas ini ketika anda stress atau amalkannya pada waktu pagi sebelum pergi ke tempat kerja dan malam sebelum tidur. Anda pasti akan rasa perubahannya.
Melalui teknik Jurus Nafas ini,kita mampu mengawal
mental,fizikal,spiritual dan emosi kita. Jadi, sekurang-kurangnya, jika kita mengalami tekanan kita ada cara untuk membebaskannya selain bercakap dengan orang yang dipercayai.
Apa yang paling bagi kita umat Islam, Allah memberi penawar segala penyakit iaitu Al-Quran, jadi biasakan diri untuk membaca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit kerana ianya mampu menyihatkan mental dan fizikal. InsyaAllah dalam post seterusnya, saya akan berkongsi kehebatan Al-Quran dalam menghilangkan tekanan.
Sekian untuk perkongsian kali ini. Terima kasih.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment