Alhamdulillah, Allah rezekikan saya bertemu dan belajar dengan guru-gur yang luar biasa hebatnya. Saya bersyukur kepada Allah kerana memilih saya untuk saya belajar tentang kuasa minda. Allah memakbulkan doa saya untuk belajar ilmu yang dapat mendekatkan diri saya kepadaNYA melalui memperbaiki diri.
Sebelum saya belajar ilmu tentang kuasa minda, hipnosis dan ilmu nlp (neuro-linguistik program), saya agak "down" sedikit keran diuji dengan menjaga umi yang sakit terlantar dan tidak boleh bergerak selama tiga bulan. Saya pula terpaksa menguruskan perihal pelajaran adik-adik. Waktu itu, saya agak kepenatan dan lelah dan saya minta Allah tabahkan hati menghadapi ujian dan berikan saya ilmu yang boleh membaiki diri saya.
Akhirnya, doa saya terjawab, apabila saya mula menyertai kelas asas Certified Hypnotist pada Disember 2015 dan niat saya pada waktu itu untuk memperbaiki solat saya di awal waktu dan alhamdulillah, dengan menggunakan kuasa minda, saya berjaya mencapai matlmat saya. Jadi apabila kita dah beramal dengan sesuatu amalan, kita akan mula ada keyakinan terhadap ilmu yang saya pelajari.
Jadi pada Mac 2016, saya menyambung belajar tentang ilmu ini di Lotus Desaru Beach Resort selama 4 hari 3 malam dan di situ banyak ilmu yang saya pelajari dengan lebih mendalam dengan kuasa minda dan belajar bagaimana untuk terapikan diri dan orang lain sebagai hipnoterapis.
Tapi apa yang paling saya bersyukur, saya dipertemukan dengan guru-guru yang sangat positif dan luar biasa iaitu Master Rey (pengasas gaya R.E.Y) dan Dr Farhan ( pemilik pusat rawatan Miracle Syifa'). Walaupun pada umur yang muda tapi ilmu mereka sangat tinggi dan rendah diri orangnya.
Sepanjang saya belajar dengan mereka, ada beberapa perkara yang amat menyentuh jiwa saya dan saya pegang hingga sekarang. Antara, dalam kehidupan kita, tidak pernah ada istilah GAGAL dan apa yang ada hnayalah sebuah MAKLUM BALAS. Saya pada mulanya terkedu dengan ayat yang begitu, tetapi setelah belajar ilmu ini, saya mula faham yang kita manusia dijadikan sebaik-baik makhluk. Siapakah kita nak menilai seseorang itu GAGAL atau diri sendiri seorang yang gagal.
Ini kerana, kehidupan adalah proses pembelajaran, maka tiada istilah gagal, cuma jika ada silap atau kelemahan, perbetulkan. Itulah MAKLUM BALAS. Jadi kita bukanlah manusia yang gagal. Manusia yang biasa suka mensabotaj diri sendiri dengan istilah gagal. Jadi mulai hari, buangkan perkataan gagal itu jauh-jauh. Jika ada kesilapan, perbaiki kesilapan tersebut.
Selain itu apa yang saya terkesan adalah setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya. Setiap pertemuan itu, Allah dah tulis dan mengapa ianya terjadi sedemikian. Pasti semuanya bersebab. Pertemuan saya dan mereka, ada sebabnya.
Dan saya mulai mengerti kenapa Allah takdirkan sedemikian rupa. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk saya. Selepas belajar ilmu tentang kuasa minda dan hipnoterapi, saya mula membantu keluarga saya terutamanya merawat mereka dari segi emosi dan fizikal. Kemudian, saya juga mengajar adik-adik saya dan para pelajar saya belajar dengan cara lebih mudah dan gembira. Jadi, saya mula mengerti apa yang ditakdirkan untuk saya melalui pembelajaran saya tentang kuasa minda dan hipnosis. Terima kasih Ya Allah.
Sekian, terima kasih.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment