Dalam hidup ini kita mempunyai banyak impian tetapi ada impian yang tercapai ada impian yang tidak tercapai. Apa yang membezakan kedua-duanya adalah fokus kita. Kadang-kadang, kita ada 100 impian tapi cuma hanya beberapa impian yang tercapai iaitu yang mana kita paling fokus.
Ianya berkait dengan Hukum Tarikan. Semakin fokus (iaitu banyak energi diberikan terhadap impian), semakin mudah ianya menarik (iaitu tercapai). Dalam buku Law Of Attraction (Hukum Tarikan) tulisan Michael J. Losier berkongsi bagaimana cara untuk menarik impian kita secara sengaja. Antaranya adalah dengan :
1) Mengenal pasti impian
Langkah pertama bagi membolehkan Hukum Tarikan bekerja untuk kita adalah kita perlu jelaskan mengenai apa yang kita inginkan. Jelaskan secara tepat dan spesifik tentang impian tesebut. Kebanyakan orang mengenal pasti apa yang mereka tidak mahu dan akhirnya mereka menarik apa yang mereka tidak mahu. Oleh itu, menetapkan sangat penting untuk meletakkan matlamat dengn sejelas-jelasnya.
2) Memberi perhatian kepada matlamat
Impian bukan sahaja perlu ditetapkan dan dikenal pasti tapi juga perlu diperhatian dan tenaga yang positif. Saya mengambil satu contoh mudah, anda ingin menyelesaikan hutang berjumlah RM10,000 dalam masa 6 bulan. Jadi bagaimana cara untuk mencapai matlamat tersebut itu perlu dirancang dan perlu di beri perhatian. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah seperticontoh berikut :
Target :
Selesaikan hutang sebanyak RM10, 000 dalam masa 6 bulan (spesifikkan target contoh Januari 2017 hingga Jun 2017.
Visi :
Selesaikan hutang sebanyak RM10,000 pada bulan Jun 2017.
Misi :
Cara mendapatkan duit :
1) Hasil daripada gaji : RM500
2) Hasil daripada bisnes : RM 1200
- hasil jualan produk
Di atas hanyalah sebuah contoh bagaimana target,misi dan visi untuk mencapai impian atau matlamat yang diimpikan. Cara ini membolehkan anda lebih fokus kepada impian dan mudah untuk menarik impian anda.
3) Membenarkan impian anda
Proses membenarkan impian anda dalam diri dan pemikiran anda ialah dengan menghilangkan rasa ragu dalam diri sendiri. Salah satu faktor yang menyebabkan kita sukar menarik apa yang kita impikan adalah kerana ragu-ragu dengan kebolahan diri dalam menarik impian. Kita sering sabotaj diri sendiri dengan merendahkan kebolehan diri. Contoh, "Betul ke aku boleh selesaikan hutang ni dalam 6 bulan ?","betul ke aku boleh buat ni".
Ini adalah salah satu cara sabotaj diri sendiri dalam bentuk perkataan. Oleh itu, kita perlu selarikan antara niat kita, cara pemikiran, cara percakapan, tindakan dan rasa tentang impian kita. Makin positif energi yang diberikan kepada impian kita, makin mudah untuk mencapainya. InsyaAllah, jika semua komponen ini disatukan dan diselarikan dengan betul, impian mudah ditarik.
Kita sebagai umat Islam perlu percaya dengan takdir Allah, kadag-kadang ada impian yang kita tidak dapat seperti yang kita impikan tetapi Allah ganti dalam bentuk lain atau ada sebab kenapa Allah belum beri. Cuma dalam topik langkah menarik impian ini, kita menerangkan Hukum Tarikan ini secara saintifik dan menggunakan energi yang Allah cipta secara semula jadi untuk mencipta impian dan menggunakan untuk mencapai impian tersebut dengan cara terbaik. Sesungguhnya setiap penciptaan Allah tidak sia-sia. Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment