cikkarimahabdullah@gmail.com
cikkarimahabdullah.blogspot.my
Alhamdulillah, pada 6 Januari 2017 yang
lalu adalah hari jadi aku yang ke- 27. Alhamdulillah Ya Allah kerana
masih lagi memberi nikmat umur yang panjang dan terus lagi bernafas di
atas muka bumi Mu Ya Allah. Biasanya, setiap tahun tiada sambutan hari
jadi sebab kadang-kala diri sendiri pun lupa nak sambut tapi
alhamdulillah ada adik beradik yang mengingatkan.
Tahun ini, hari jadiku jatuh pada hari
penghulu hari iaitu hari Jumaat. Alhamdulillah auranya terasa lain
sedikit kerana hari Jumaat ini sangat istimewa daripada hari-hari yang
lain. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.
Untuk hari jadi tahun ini, alhamdulillah dapat menyiapkan ebook "7 Rahsia Hidup Positif
" untuk diberikan kepada sahabt-sahabat difacebook bersempena hari
lahirku. Ebook ini dihasilkan untuk berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki
kepada para sahabat dan inspirasi daripada penulis buku " Percepatan Rezeki dalam 40 hari dengan Otak Kanan" iaitu Ippho Santosa mengatakan :
Jika kamu ingin pintar ? Pintarkan orang lain (berbagi ilmu).
Jika kamu ingin sukses ? Sukseskan orang lain.
Jika kamu ingin kaya ? Kayakan orang lain.
Jika kamu ingin usaha kamu membesar? Besarkan usaha orang lain.
Jika kamu ingin impian terwujud ? Wujudkan impia orang lain.
Jika kamu ingin doa kamu terkabul ? Doakan orang lain.
Jika kamu ingin ditolong Allah ? Tolonglah orang lain.
Jika ingin dapatkan wang ? Bersedekahlah
Jika kamu ingin sihat ? Bantulah orang lain untuk sihat
Jika kamu ingin bahagia? Bantulah orang lain untuk bahagia.
Alhamdulillah dengan izin Allah,
akhirnya siap juga ebook tersebut dan dikongsikan pada Jumaat walaupun
dengan gaya penulisan yang tidak teratur sangat. Maka, salah satu
matlamat saya pada tahun 2017 adalah membaiki gaya penulisan.
Rutin biasa aku di rumah pada hari
Jumaat adalah mengemas, membasuh dan mengajar adik-adik untuk
menyiapakan kerja sekolah. Yang paling terkejutnya, tiba-tiba Ayah
Su,Cik Su, Atirah, Matok dan Azim datang buat kejutan hari jadi. Siap
bawa kek lagi. Dah la masa tu tengah makan chicken chop di rumah dan
tiba-tiba sampai kek.
Apa lagi, projek makan beramai-ramai la.
Satay ada, chicken chop ada ,kek ada dan banyak lagi makanan. Makin
bertambah umur, tak sangka ada yang buat sambutan mengejut pulak tapi
apa-apa pun alhamdulillah diberi nikmat rezeki keluarga yang baik dan
supportive.
Makin bertambah umur, makin banyak pula
soalan tentang jodoh. Mata pun terkebil-kebil tengok orang yang bertanya
dan jawapan paling mudah, "Doakan along ye semua". InsyaAllah rezeki tidak pernah salah alamat dan masa. Percaya kepada janji Allah, Kun Fayakun (Jadi maka jadilah) di samping berusaha.
Itulah cerita sambutan hari jadi pada
tahun ini. Tak pernah disambut sebegini rupa tapi alhamdulillah rezeki
Allah bagi sambut dengan keluarga. Mana tahu tahun kedepan sambut berdua
pula. Aamiin.
Sekian,
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment