Saturday, 28 January 2017

Terapi Wuduk Memberi Ketenangan

Salah satu terapi dalam menjadikan diri lebih bertenaga dan positif adalah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Wuduk mempunyai banyak manfaat baik dari segi psikologi, kesihatan tubuh badan dan spiritual. Melalui kajian ahli kaji saraf atau neurologist, telah membuktikan bahawa air wuduk mampu menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki yang memberikan ketenangan fikiran. 


Wuduk Itu Menyucikan

Di dalam surah Al-Maidah ayat 6 menerangkan tentang tujuh titik biologi yang dibasuh ketika berwuduk seperti kepala, mata, hidung, mulut, tangan, siku dan kaki. Ketujuh-tujuh titik tersebut adalah titik tenaga manusia. Maka, apabila sentiasa dalam keadaan suci ini, kita dapat mengekalkan tenaga yang optimum sepanjang hari.

Selain itu, terdapat sebanyak 493 titik akupuntur (saraf) dalam wuduk dan boleh digunakan untuk menyembuhkan dan mencegah penyakit. Jumlah titik akupuntur pada anggota wuduk:
·         Muka = 84
·         Tangan = 95
·         Kepala = 64
·         Telinga = 125
·         Kaki = 125

Kesimpulannya, dengan mengekalkan wuduk sepanjang hari, kita mampu:

1. Melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lebih segar.
2. Meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.
3. Meningkatkan  produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan apabila mengamalkan berwuduk di waktu pagi.
4 . Mampu memperbaiki jaringan kulit dan membuatkan kuku lebih sihat dan kuat
5.  Membuat wajah kelihatan cerah dan berseri kerana kedinginan air pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimum.

Perkara yang paling penting tentang wuduk adalah kesempurnaan berwuduk akan meningkatkan kekhusuyukan dalam solat. Sesungguhnya dalam memperbaiki solat, kita perlu bermula dari wuduk yang sempurna. 

Di sini ada beberapa tip tentang bagaimana nak berwuduk dengan sempurna dan dengan khusyuk. Petua ini dikongsi oleh Ustaz Khairi Abdullah.Setiap kali kali air wuduk sampai di anggota wuduk, bicaralah dalam hati :
1.Baca bismillahirrahmanirrahim dan membersihkan kedua-dua belah tangan sambil bicara
“Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa kedua tanganku yang banyak berbuat maksiat kepadaMu Ya Allah.”

“Ya Allah Ya Quddus, bersihkanlah tanganku ini dari dosa agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaaan jiwa yang bersih. Ya Allah, jadikanlah tanganku ini melakukan perkara-perkara yang baik.”

2. Kemudian berkumur-kumur dan bicara dalam hati:
“Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa yang dilakukan oleh mulutku (mengumpat, memfitnah, mencerca orang) ini .

Ya Allah Ya Quddus, bersihkanlah mulutku ini dari dosa agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaaan jiwa yang bersih. Ya Allah, jadikanlah mulut ini berkata-kata perkara yang baik.”

3. Kemudian membasuh muka disertai niat:
“Aku niat mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.”

Bicara hati:
“Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa yang dilakukan oleh mukaku dan dosa-dosa mataku yang seringkali melihat perkara-perkara yang haram.”

“Ya Allah Ya Quddus, bersihkanlah muka dan mataku dari dosa agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaaan jiwa yang bersih.”

4.Membasuh kedua-dua belah tangan dan bicara hati:

Ketika membasuh tangan kanan:
Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa yang dilakukan oleh tangan kananku dalam sedar atau tidak sedar. Ya Allah, berilah suratan amalanku dengan tangan kananku ini.”

“Ya Allah Ya Quddus, aku mohon kepadaMu bersihkanlah tangan kananku dari dosa ini agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaan jiwa yang bersih.”

Ketika membasuh tangan kiri:
Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa yang dilakukan oleh tangan kiriku dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Ya Allah Ya Quddus, aku mohon kepadaMu bersihkanlah tangan kiriku ini dari dosa agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaan jiwa yang bersih.”

5. Menyapu sebahagian kepala dan bicara dalam hati
“Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa yang dilakukan oleh kepala dan fikiranku dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Ya Allah Ya Quddus, aku mohon kepadaMu bersihkanlah kepala dan fikiranku dari dosa ini agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaan jiwa yang bersih. Ya Allah, berilah aku kefahaman tentang agama dan ilmu tentang Al-Quran.”

6. Membasuh kedua-dua telinga dan bicara dalam hati :

Telinga kanan:
Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa yang dilakukan oleh telingaku dalam sedar atau tidak sedar. Ya Allah Ya Quddus, aku mohon kepadaMu, bersihkanlah telinga dari dosa ini agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaan jiwa yang bersih. Jadikanlah telingaku ini mendengar perkara-perkara yang baik.

Telinga kiri:
Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa yang dilakukan oleh telingaku dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Ya Allah Ya Quddus, aku mohon kepadaMu, bersihkanlah telingaku ini dari dosa agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaan jiwa yang bersih. Jadikanlah telingaku ini mendengar perkara-perkara yang baik.”

 7. Membasuh kedua-dua belah kaki dan bicara dalam hati :

Kaki kanan:
Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa yang dilakukan oleh kakiku dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Ya Allah Ya Quddus, aku mohon kepadaMu, bersihkanlah kakiku ini dari dosa agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaan jiwa yang bersih. Tetapkanlah kakiku ini untuk meniti di atas Titian Sirat  dan jadikanlah kakiku melangkah ke tempat-tempat yang baik.”

Kaki kanan:
Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah dosa-dosa yang dilakukan oleh kakiku dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Ya Allah Ya Quddus, aku mohon kepadaMu, bersihkanlah  kakiku ini dari dosa agar hambaMu ini mampu mengadapMu dalam keadaan jiwa yang bersih. Tetapkanlah kakiku ini untuk meniti di atas Titian Sirat  dan jadikanlah kakiku melangkah ke tempat-tempat yang baik.”

8. Kemudian bacalah doa selepas wuduk

Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Terima kasih.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.


 

No comments:

Post a Comment