Kehidupan kita hari semakin hari semakin mencabar dan kadang-kadang lelah dalam menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit rahsia hidup positif agar kehidupan sentiasa positif .
# Kekuatan Niat
Setiap perbuatan bergantung dengan niat. Niat bukanlah sekadar apa yang diucapkan di lidah kerana ucapan di lidah belum tentu mewakili tujuan sebenar. Perjalanan hidup setiap manusia sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam hati atau niatnya.
Setiap perbuatan bergantung dengan niat. Niat bukanlah sekadar apa yang diucapkan di lidah kerana ucapan di lidah belum tentu mewakili tujuan sebenar. Perjalanan hidup setiap manusia sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam hati atau niatnya.
Perbuatan yang dilakukukan dengan rela dan atas pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat,kefahaman dan tujuan hidup sesesorang manusia. Akhirnya,apa yang dirancang, keinginan dan impian menjelma dalam bentuk tindakan hasil daripada niat. Mulakan niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah Taala. InsyaAllah, Allah akan permudahkan setiap pekerjaan yang kita lakukan.
# Kekuatan Fikiran
Fikiran mempunyai Kuasa dan ia berfungsi seperti arus elektrik yang menjanakan tenaga untuk tubuh anda. Kesimpulannya tanpanya,hidup anda tidak akan lengkap.Fikiran ini lebih dikenali sebagai Minda.Setiap manusia mempunyai minda dan melalui minda ini jugalah anda mampu membuat keputusan dalam hidup.
Fikiran mempunyai Kuasa dan ia berfungsi seperti arus elektrik yang menjanakan tenaga untuk tubuh anda. Kesimpulannya tanpanya,hidup anda tidak akan lengkap.Fikiran ini lebih dikenali sebagai Minda.Setiap manusia mempunyai minda dan melalui minda ini jugalah anda mampu membuat keputusan dalam hidup.
Dari sudut saintifik pula,para saintis memberi kesimpulan
bahawa gelombang electromagnet bersumber dari otak. Sel-sel otak selalu bergetar dan dipengaruhi oleh getaran
walau apapun bentuknya. Tubuh badan manusia terdiri daripada sel-sel. Oleh
itu,seluruh sl-sel dalam tubuh juga tanpa terkecuali mengalami getaran getaran
dan seterusnya akan memberikan pengaruh pada segala jenis getaran.
Minda anda mengeluarkan kuasa elektormagnetik yang menarik
setiap apa yang anda fikirkan. Ini jelas menunjukkan bahawa sangat penting
menjaga hati,fikiran,kata-kata dan perbuatan. Jika ingin hidup yang positif, maka bermula dari fikiran positif.
# Kekuatan Ucapan
Guru saya, Master Rey pernah berkata, “ Perkataan adalah PANAH BERACUN.”
Sedar tak sedar, kata-kata dan ucapan anda kepada diri
sendiri mempengaruhi diri Anda. Apatah lagi kata-kata anda kepada orang
sekeliling anda. Kata-kata adalah DOA.
Jadi setiap perkataan adalah doa. Contoh paling mudah, “
Ala,penatnya hari ni “, “Stressnya kenapa la kerja melambak tak siap-siap. AWAS !! Setiap perkataan anda dirakam oleh badan anda dan
direspon dalam bentuk TINDAKAN. Badan kita mengandungi 70% air dan sifat air adalah merakam. Kajian
ini telah dilakukan oleh seorang Professor dari Jepun iaitu Professor Emoto
yang mengkaji tentang air. Prof Masaru Emoto
Air adalah makhluk Allah yang paling taat dan perakam
terbaik. Air mampu merakam setiap bunyi gema getaran yang hadir termasuk
kata-kata. Itulah kuasa air. Badan kita mengandungi 70% air.
Kehebatan air sebagai air dikaji oleh saintis Jepun, Prof
Masaru Emoto dan sepanjang kajiannya, molekul air terbentuk melalui getaran
yang diberikan kepadanya.
Jika kita memberi getaran positif, maka air itu akan
merakam perkara positif tapi jika kita memberi getaran negatif, maka itu akan
merakam aura negatif. Apabila air itu kita minum, akan memberi kesan kepada diri.
Maka jagalah tutur kata ketika minum.
Kesimpulannya,jika ingin sihat ubah cara percakapan.Cara
percakapn dapat dapat dibuah jika Niat dan Fikiran kita selari.Tidak mungkin
anda dapat mengeluarkan kata-kata positif jika niat dan fikiran anda sebaliknya. Belajar untuk selalu menyebut pekara-perkara positif.Contoh
:
“Alhamdulillah,aku tenang LUAR BIASA hari ini.”
“Alhamdulillah,aku sihat LUAR BIASA hari ini.”
Lazimi ucapan sebegini sekurang-kurang 3kali sehari.Lakukan
dengan bersungguh-sungguh dan ucapkannya dengan tegas.InsyaAllah,kita akan jadi
makin positif .
# Kekuatan Tindakan
Kuasa tindakan adalah komponen akhir yang perlu diselarikan bagi mendapatkan kesihatan yang Optimum dan Luar Biasa ! Tindakan ini akan bekerja hasil daripada Niat,Fikiran dan Percakapan yang telah selari.Akhirnya ,Tindakan akan terhasil.
Tindakan juga dapat dikawal dan diprogramkan. Kuasa tindakan ini tidak akan berjaya jika anda tidak
mempunyai TEKANAN. Tekanan adalah tenaga bagi mengakitfkan sebuah tindakan yang
berbaloi dan pastinya mengikut apa yang anda inginkan. Jika ingin positif, tekanan
akan membuat diri anda bertindak untuk menjadi positif. .
Tekanan ini sama ada berbentuk motivasi atau penderitaan. Ada orang yang berani berhenti merokok dan cuba cara hidup yang sihat kerana disahkan ada penyakit. Ada orang orang berani bercita-cita ingin kaya kerana telah lama hidup susah. Jadi, tindakan ini biasanya dipengaruhi oleh tekanan dan selari dengan niat, fikiran dan ucapan.
# Terapi Senyum
Salah satu cara untuk kekal ssihat dan makin sihat adalah mulakan hari anda dengan senyuman. Pastikan ketika melihat cermin,anda senyum dengan selebar-lebarnya sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan kepada kita.Semasa senyum, katakan pada diri,
# Kekuatan Memaafkan
Dalam buku Personal Power tulisan Dr. Ibrahim Elfiky berkongsi tentang kekuatan memaafkan. Memaafkan adalah salah satu dari sifat Tuhan dan merupakan bentuk tertinggi dari cinta. Memaafkan dapat membebaskan emosi negative dan mengurangkan penderitaan.
Salah satu cara untuk kekal ssihat dan makin sihat adalah mulakan hari anda dengan senyuman. Pastikan ketika melihat cermin,anda senyum dengan selebar-lebarnya sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan kepada kita.Semasa senyum, katakan pada diri,
“Alhamdulillah, Ya Allah, aku cergas dan sihat luar biasa.”
Ketika kita tersenyum, paras endorfin di dalam badan akan
meningkat yang memberi perasaan tenang dan selesa dengan diri sendiri serta
boleh memberi energi yang luar biasa kepada tubuh badan.
Selain itu, dengan memberi maklumat positif kepada diri,
sel-sel dalam badan kita akan sentiasa hidup dan segar.
Kajian telah dilakukan oleh sebuah Universiti Pusat Perubatan
California mendapati orang yang banyak ketawa dan senyum mempunyai peningkatan
dari segi hormon baik seperti endorfin dan neurotransmitter dan penurunan
hormon stress seperti ‘cortisol’ dan “adrenaline’
# Kekuatan Memaafkan
Dalam buku Personal Power tulisan Dr. Ibrahim Elfiky berkongsi tentang kekuatan memaafkan. Memaafkan adalah salah satu dari sifat Tuhan dan merupakan bentuk tertinggi dari cinta. Memaafkan dapat membebaskan emosi negative dan mengurangkan penderitaan.
Memaafkan membenarkan cinta kembali masuk ke dalam kesedaran
diri kita dan merupakan rahsia kebahagian.Tindakan memaafkan akan mempengaruhi
kekuatan spiritual,kekuatan mental,kekuatan emosional dan kekuatan fizikal diri
kita.
Banyak mitos-mitos mengenai tindakan memaafkan seperti
memaafkan bererti lemah.Ramai yang mengira bahawa orang yang memaafkan adalah
orang yang lemah. Hakikat sebenar sebuah kemaafan hanya mampu dilakukan oleh
orang-orang yang kuat dan bukan orang yang lemah.Mahatma Gandhi pernah berkata
:
“Orang lemah tidak boleh memaafkan.Memaafkan adalah tindakan
orang-orang yang kuat."
Tips Ringkas :
1.Amalkan memaafkan setiap kesalahan diri dan orang yang
pernah buat salah dengan kita sebelum tidur.
2. Tarik nafas dalam-dalam dan pejamkan mata
3.Bayangkan muka orang yang pernah melakukan kesalah
terhadap kita dan maafkan kesalahannya.
4.Buat selama 21 hari
#Terapi Pernafasan
Setiap pernafasan boleh memberikan ketenangan, tenaga yang tinggi dan memberikan fokus serta konsentrasi yang lebih baik kepada diri. Biokimia emosi dan unit-unit fisiologi pernafasan adalah terletak dalam sistem limbik otak (emotional brain). Emosi boleh dikawal dengan mengawal fungsi pernafasan.
Mengikut kajian sains, dua
fungsi pernafasan ialah penyucian (cleansing)
iaitu melalui bersin dan ketenangan (energizing)
melalui proses menguap.
Cara melakukan teknik
pernafasan adalah seperti berikut :
1. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan duduk dalam keadaan
bersila atau duduk di atas bangku
2. Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 5 saat
3. Tahan nafas tersebut dalam kiraan 20 saat
4. Hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 10 saat
Lakukan pernafasan ini
sekurang-kurangnya 3 minit hingga 5 minit sehari atau 5 hingga 7 pusingan dan
perhatikan perubahan diri kita selepas seminggu mengamalkannya.
Waktu yang terbaik untuk
terapi pernafasan adalah waktu pagi. Semasa melakukan pernafasan ini, kita
hendaklah membayangkan kita menyedut sifat-sifat atau perkara positif (tenang,
bahagia, cergas, baik dan sebagainya). Kemudian ketika hembus, bayangkan kita
hembus sifat-sifat atau perkara negatif (sakit, penat, sakit hati dan
sebagainya).
Sekian untuk perkongsian kali ini.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati
Pasti Akan Kuasai Dunia.
No comments:
Post a Comment