Wednesday, 18 January 2017

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Alhamdulillah, hari ini dapat teman umi ke hospital KBMC untuk buat pemeriksaan kesihatan selepas umi masuk wad pada akhir bulan Disember yang lalu. Petang semalam, jururawat dah ambil darah untuk dihantar ke makmal untuk buat pemeriksaan terhadap tahap kuman dalam darah umi.

Pada 21 Disember 2016 yang lalu, umi mula demam dan saya hanya bawa umi ke klinik untuk buat pemeriksaan dan doktor hanya bagi ubat demam dan ubat tahan sakit untuk sakit urat katanya. Tapi apa yang peliknya, umi hanya demam waktu malam sampai menggigil tapi apabila siang, demam tiada dan boleh buat kerja macam biasa.

Disebabkan pada 23 Disember 2016, iaitu hari Jumaat, saya dan keluarga plan nak pergi bercuti ke Kemaman. Umi pun sangat gembira dan cakap demam dia ok je. Jadi, kami teruskan plan nak pergi bercuti dan hanya bawa ubat demam dan pemakanan kesihatan yang dapat membantu meningkatkan meningkatkan platelet umi kerana pada firasat saya umi ni macam terkena demam denggi.

Jadi selama bercuti di Kemaman selama 3 hari 2 malam, umi hanya makan ubat demam dan makanan kesihatan tu. Jadi apabila sudah pualng ke rumah pada petang Ahad, saya bagi tahu adik supaya hantar umi ke hospital untuk membuat pemeriksaan sekali lagi.

Jadi akhirnya pada hari Isnin ( 26/12/2016), setelah dapat keputusan dari makmal, doktor memberitahu yang umi positif denggi tapi doktor pun hairan macam mana denggi boleh bertahan sampai seminggu. Saya minta umi masuk berehat di wad tetapi umi tak dimasukkan sebarang ubat pada hari pertama masuk kerana doktor cakap umi boleh makan dan minum.

Pada keesokan harinya, jururawat mengambil lagi sekali sampel darah umi untuk diuji di makmal dan keputusan menunjukkan keputusan denggi umi negatif cuma umi diberitahu bahawa doktor jangka yang umi ada kuman dalam darah melebihi paras normal. Jadi akhirnya kena la tahan di wad lagi selama 5 hari 4 malam dan jururawat hanya masukkan antibiotik untuk menghapuskan kuman.

Jadi setelah tiga botol antibiotik dimasukkan, umi dibenarkan balik cuma tahap kuman dalam darah umi masih lagi tinggi iaitu 129.21 dan sepatutnya tahap kuman dalam darah yang normal adalah bawah 5. Cuma demamnya dah tiada tapi saya masih lagi risau pasal tahap kuman dalam darahnya.

Akhirnya, setelah bertanya dengan doktor tentang pemakanan kesihatan yang saya minta amalkan untuk dengginya, maka saya naikkan dos sachet kepada 4 sachet sehari daripada 2 sachet sehari bagi meningkatkan penghasilan Sel NK (Natural Killer Cell) untuk melawan virus di dalam tubuh.

Sebelum pergi untuk membuat pemeriksaan ini,saya selalu pesan kepada untuk betulkan cara berfikir. Setiap penyakit ada ubat kecuali mati. Jadi kita kena sentiasa positif dalam menghadapi ujian sakit yang Allah kurniakan kepada kita.

Alhamdulillah, akhirnya keputusan kuman dalam darah umi dah normal kembali, haemoglobin darah pun dah meningkat,platelet pada tahap normal. semua keputusan yang lain kecuali keputusan buah pinggang. Keputusan ujian buah pinggan sebernarnya akan terkesan jika kita kurang minum air dan tidak jaga pemakanan. Tetapi dalam kes umi ni, buah pinggan umi tidak rosak cuma doktor pesan untuk berjaga-jaga dengan selalu minum air yang cukup. Buah pinggang umi dikira kurang sihat sikit sebab darah tinggi yang menyebabkan strok.

Lepas ni, dah kena betul-betul kena buat jadual minum air pulak untuk pastikan umi sentiasa minum air yang cukup untuk menjaga buah pinggang agar sihat. Lagipun bulan Februari ada pemeriksaan dengan doktor di KPJ untuk memeriksa tahap darah tinggi, tahap strok dan tahap kesihatan buat pinggang umi. 

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Jadi bersyukur di saat sakit kerana banyak hikmah disebalik sakit antaranya dosa diampunkan, doa mustajab, Allah meninggikan darjat jika kita sabar dan redha dengan kesakitan yang diberi. Sekian untuk perkongsia kali ini.



Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.




No comments:

Post a Comment