Monday, 23 January 2017

Rahsia Hukum Tarikan

" Kamu adalah sebatang magnet hidup. Kamu dapat menarik orang, situasi dan keadaan yang harmoni ke dalam hidup dengan menggunakan pemikiran dominan kamu. Apa sahaja yang kamu fikirkan  salam keadaan sedar akan berkembang menjadi pengalaman". Brian Tracy

" Kamu menarik apa yang kamu pancarkan menerusi fikiran, perasaan, gambaran minda dan tutur kata ke dalam hidup kamu." Catherine Ponder, Dynamic Law of Prosperity

" Jangan sesekali fikirkan perkara yang kamu tidak inginkan dan jangan sesekali menginginkan perkara yang kamu tidak fikirkan. Apabila kamu memikirkan sesuatu yang kamu tidak ingini, kamu menarik perkara itu, dan apabila kamu menginginkan perkara yang kamu tidak fikirkan, kamu mensia-siakan kuasa minda yang bernilai. Sebaliknya, apabila kamu memikirkan apa yang kamu inginkan secara berterusan, kemampuan kamu menarik sesuatu yang diingini menjadi semakin kuat. Minda adalah magnet yang menarik apa sahaja yang selaras dengan konsepnya."  Dr Raymond Holliwell, Working with the Law 11 Truth Principles for Successful Living.
Kata-kata di atas merujuk kepada sebahagian pengarang-pengarang yang menulis mengenai Hukum Tarikan atau dikenali sebagai Law Of Attraction . Secara defininya Hukum Tarikan bermaksud saya menarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga dan fokus sama ada berbentuk positif atau negatif.

Setiap ciptaan Allah memiliki energi tersendiri termasuklah manusia. Energi (tenaga) daripada badan manusia akan menghasilkan getaran sama ada getaran positif (+) atau negatif (-) . Setiap perasaan perasaan yang dialami pada satu-satu masa akan memancarkan atau mengeluarkan getaran positif ada negatif.
Senarai berikut merupakan contoh-contoh perasaan yang menghasilkan getaran positif atau negatif.

Kita akan mempunyai satu perasaan dalam satu masa. Di saat kita mengalami perasaan tersebut, kita akan menghantar getaran tersebut sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Maka di sinilah Hukum Tarikan memainkan peranannya. Ianya akan bertindak balas terhadap setiap getaran yang kita pancarkan. Kemudian, ianya akan memadankan dengan getaran kamu sama ada positif atau negatif dan memberikan semula kepada kita lebih banyak getaran yang sama sepertimana yang kita berikan

Antara contoh yang paling mudah kita ambil seperti mana yang biasa terjadi dalam kehidupan kita. Sewaktu kita hendak tidur, kita tidur dalam emosi marah dan geram dan pada waktu ini kita memancarkan getaran negatif. Lalu, pada keesokan harinya kita terbangun lambat untuk ke tempat kerja,jatuh dari katil dan bos marah. Getaran negatif yang kita hantar kepada sekeliling kita telah menarik getaran yang negatif juga kembali kepada kita.

Oleh itu, sangat penting bagi kita menjaga perasaan kita agar sentiasa dalam getaran yang positif dan dapan menarik perkara-perkara yang positif dalam kehidupan. InsyaAllah. Sekian. Terima kasih.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia







No comments:

Post a Comment