Saturday, 21 January 2017

5 Rahsia Menjemput Rezeki

Rezeki bukanlah wang tapi wang adalah rezeki. Rezeki adalah segala hal yang bermanfaat dan berguna bagi makhluk termasuklah anak, isteri, harta, ketenangan hati dan banyak lagi. Tajuk rezeki kalau hendak bincangkan luas skopnya tapi saya ingin berkongsi sedikit tentang rezeki wang dan bagaimana ingin menjemputnya.

Hakikat wang ini adalah makhluk Allah seperti kita dan ianya dijadikan alat untuk mencapai impian. Wang ini makin dikejar, makin lelah mengejarnya tapi jemputlah dengan cara selayaknya. Kerana rezeki Allah ini datang dalam pelbagai rupa dan melalui pelbagai usaha yang berbeza bagi setiap seseorang.

Topik ini sangat berkait rapat dengan penggunaan kuasa minda dalam menjemput rezeki. Setelah mengamalkannya, saya sendiri dapat merasakannya. Terdapat banyak cara untuk menjemput rezeki dan yang penting semuanya ingin menjemput redha Allah bersama kita. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit formula menjemput rezeki, antaranya ialah :

1) Sedekah 

Mulakan sedekah secara istiqamah RM 1 sehari. Paling bagus adalah dengan membuat tabung Subuh, iaitu bersedekah sebelum atau selepas solat Subuh. Cuba istiqamah lakukan selama 21 hari atau 40 hari. Duit itu disedekahkan kepada yang memerlukan. Anda akan lihat keajaibannya.

Setelah istiqamah, anda boleh melipatgandakan sedekah seperti contoh ada hutang RM 1000. Anda sedekah RM 100 kerana setiap sedekah yang kita laburkan, PASTI mendapat ganjaran 10-700 kali ganda. Ia terbukti dalam sebuah hadis :

Jika dia berkeinginan melakukan kebaikan, kemudian ia melakukannya, Allah mencatat untuknya 10-700 kali lipat kebaikan sampai tidak terhingga.” ( Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


2) Istighfar

Istighfar adalah jampi penyeru rezeki. Apabila kita beristighfar, kita memhon ampun kepada Allah dan bermanfaat melancarkan rezeki kita.Cubalah melatih diri untuk beristighfar 100 kali sehari dan jika dah istiqamah, boleh tambah bilangannya dari hari ke hari agaar hati kita terus hidup dengan zikir.




3) Solat di awal waktu

Sebaik-baik amalan adah solat di awal waktu . Solat adalah tiang agama dan waktu setiap waktu solat memiliki energi yang tertentu. Sesetengah ulam berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan keistimewaan :

  • Akan diangkat kesempitan hidup di dunia darinya
  • Akan dihindarkan daripada azab kubur
  • Akan memasuki syurga tanpa hisab
  • Akan melintasi Titian sirat sepantas kilat
  • Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
Oleh, menjaga solat di awal waktu adalah solat di awal adalah cara terbaik menjemput rezeki yang disangka atau tidak disangka-sangka. Jagalah Allah (iaitu melakukan setiap suruhan Allah ) maka Allah akan menjaga kita.

4) Syukur
Terapi syukur ini mempunyai energi yang tersendiri. Biasakan diri menjemput rezeki dengan bersyukur. Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak nikmat yang Allah beri :
"Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada  kamu." (Surah Ibrahim : 7)

Cara melakukan terapi syukur ini adalah dengan menulis 10 perkara yang anda syukuri setiap hari. bermula dari 10 dan jika dah istiqamah boleh menulis 100 perkara yang anda syukuri setiap hari . Contoh :

  • Alhamdulillah, saya dan keluarga masih hidup dan sihat
  • Alhamdulillah, saya ada wang lebih dari mencukupi
  • Alhamdulillah,saya sihat dan bertenaga

5) Doakan orang lain

Cara mudah menjemput rezeki adalah dengan mendoakan orang. Paling kurang ukhuwah seorang Muslim itu ialah gembira dengan kegembiraan saudaranya dan sedih dengan kesedihan saudaranya.

 “Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim),  
  tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang 
 sama." (Hadis Riwayat Muslim No. 4912)

Jika direnungkan hadis di atas, hadis di atas menunjukkan setiap kali kita berdoa, sebenarnya kita sedang meminta doa yang sama untuk diri sendiri. Oleh itu perbanyakkan berdoa untuk orang lain, kita mendapat doa yang sama. Moga-moga di saat kita mendoakan orang lain, Allah permudahkan urusan kita dan memakbulkan apa yang kita doakan untuk orang lain. Aamiin.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.

No comments:

Post a Comment